Rahsia Almari Scha Alyahya

Rahsia Almari Scha Alyahya

Scha AlyahyaGambar: Arkib GLAM

 
Momen fesyen Scha Alyahya sentiasa mempesonakan. Sering kali kelibatnya tiba di acara penting, gayanya tidak pernah langsung mengecewakan. Nampak sungguh nyata yang pelakon dan pengacara hebat ini berubah gaya mengikut usia. Lebih-lebih lagi setelah mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari, mereka berdua menjadi satu pasangan fesyen yang cukup kuat.
 
Label fesyen kegemaran anda?
Tentu sekali Alexander Wang! Semuanya tentang pereka fesyen New York ini cukup sempurna dalam erti yang sungguh berbeza. Setiap hasil rekaan Wang dari baju hingga ke kasut menterjemahkan gaya cool dan relaks, sesuai dengan cita rasa fesyen saya. Himpunan Alexander Wang tidak pernah mengecewakan saya, sungguh solid sekali!
 
Apakah ceraian paling penting dalam gerobok fesyen anda?
Top berona putih adalah asas utama dalam penataan gaya harian saya. Maka saya lebih suka mengumpul ceraian baju-T atau kemeja berona putih. Selain senang digayakan dengan apa juga paduan lain seperti skirt potongan pencil atau sekadar dalam seluar denim, baju putih ini turut menyerlahkan rasa chic yang sungguh segar.
 
Item yang sudah tidak ada dalam almari?
Saya pernah membeli dress Herve Leger! Ya lah, dahulukan ia cukup popular. Namun sekarang saya sudah tidak berkenan lagi untuk menyarungkan dress Herve Leger. Tidaklah sehingga mahu membuang dress itu, tapi saya akan simpan dalam-dalam agar tidak nampak di hadapan mata. Satu lagi, saya kurang gemar dengan mullet dress. Ia cukup aneh dengan gaya peribadi saya.
 
Nasihat fesyen terbaik?
Semunya berbalik kepada diri anda sendiri. Buat apa mahu meniru orang sekeliling kerana gaya setiap orang cukup berbeza. Lengkapkan almari dengan persalinan yang sesuai dengan cita rasa anda. Usah ambil pusing untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai.
 
 

See also
10 Akaun Instagram Paling Berpengaruh Dalam Dunia Fesyen