10 Soalan Bersama Datin Paduka Marina Mahathir

10 Soalan Bersama Datin Paduka Marina Mahathir

Marina Mahathir

Dibesarkan di Alor Setar, Kedah dan berkelulusan dari Universiti Sussex di Brighton, United Kingdom. Datin Paduka Marina Mahathir terus gigih memikul tanggungjawab memperjuangkan hak kaum wanita dan sentiasa lantang dalam menyuarakan pandangan tentang kesedaran terhadap HIV dan AIDS. Wanita ini terus dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang berjaya mencetus inspirasi dan memberi motivasi kepada semua.
 
1. Insan yang dikagumi?
Insan yang bijak menggunakan akal fikirannya, with great sense of humour yet humble.
 
2. Kembara percutian terhebat?
Sewaktu menjejakkan kaki ke Argentina beberapa tahun lalu. Saya menggilai segala-galanya tentang Buenos Aires dan mengagumi air terjun Iguazu Falls yang terletak di antara sempadan Argentina, Brazil dan Paraguay.
 
3. Destinasi membeli belah kegemaran?
Di mana sahaja yang menawarkan barangan unik yang membias karakternya yang tersendiri.
 
4. Gambarkan anda sebagai lagu?
Alunan indah dan misteri nada muzik soul.
 
5. Jika dikurniakan superpower…
Sebolehnya mahu menghapuskan kemiskinan di seluruh dunia.
 
6. Apa item penting dalam gerobok buat wanita seusia anda?
Himpunan pakaian yang tidak perlu digosok terus punya stail yang tersendiri.
 
7. Mantra hidup?
No point in panicking when everyone else is.
 
8. Kekesalan di hati?
Tidak mempelajari Bahasa Perancis dan Jepun dengan betul dan sepenuhnya tika usia masih muda. Now trying to make up for lost time.
 
9. Apakah pencapaian peribadi anda yang paling membanggakan?
Berjaya mendapatkan dan menyalurkan ubat-ubatan secara percuma buat pesakit HIV di Malaysia.
 
10. Bakat semula jadi anda?
Menyembunyikan sifat malas saya.
 
 

See also
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH