Lupakan seketika Duchess of Cambridge Kate Middleton, GLAM membawa anda untuk kenali puteri-puteri serta permaisuri diraja paling bergaya dan aktif dalam dunia fesyen daripada di serata dunia.
Puteri Charlene ketika di Monte-Carlo Rolex Masters pada tahun 2014.
Elegan, sofistikated dan chic, itulah gambaran tepat bagi Puteri dari Monaco ini. Dilahirkan di Zimbabwe, Puteri Charlene berkahwin dengan anakanda Grace Kelly, Putera Albert II pada tahun 2011. Gaun pengantin sutera dari Armani Prive yang disarungkan pada hari perkahwinannya memukau pandangan dan mencipta momen tersendiri yang kini tercatat dalam sejarah dunia fesyen.