Jubah dan kurta diberi rasa baru dalam koleksi K.Alif eksklusif untuk lebaran nanti. Rekaan ala Timur Tengah dengan sentuhan moden sesuai digayakan kasual dan formal. Hadir dalam rona hitam, putih dan kelabu, ianya menjanjikan keselesaan serta gaya kepada si pemakai. Koleksi dari Kem Salleh ini boleh didapati secara atas talian menerusi laman web www.kalif.my.