fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gaya ‘Power Suit’ Hailey Bieber yang Anggun dan Berani
Tiara Diamond Bandeau Queen Mary Yang Hilang Kini Milik Tengku Ampuan Pahang?
Silas Liew Spring/Summer 2016
GLAM 101: Androgynous Movement
Disney Dan Keith Haring Dipadukan Oleh Coach
Home > Fesyen > Gaya Slay Dan Selesa Dengan Chunky Loafers & Mary Janes

Gaya Slay Dan Selesa Dengan Chunky Loafers & Mary Janes

Terokai evolusi gaya urban alaf baharu. Ketahui bagaimana chunky loafers dan mendefinisikan semula ‘power dressing’ yang selesa, sekaligus menjadi pelaburan fesyen paling dambaan untuk melengkapkan portfolio gaya mewah anda. 

Era stilettos runcing yang menyakitkan kaki kini beralih arah, memberi laluan kepada dominasi kasut tapak rata dan siluet chunky yang mendefinisikan semula maksud power dressing alaf baharu. Trend global ini bukan sekadar magis di pentas peragaan Paris atau Milan, malah impaknya cukup terasa di sekitar ibu kota apabila dua siluet utama kini menjadi dambaan pencinta fesyen tempatan. Ia merupakan satu evolusi yang meraikan kebebasan bergerak, khusus buat wanita urban yang mahu kekal aktif tanpa mengetepikan gaya fesyen.

Evolusi Bold Chunky Loafers

Chunky loafers bukan lagi sekadar pelengkap gaya preppy atau ‘sekolah’. Ia diberi nafas baharu dengan siluet yang lebih berani dan ‘heavy-duty’. Untuk gaya yang memancarkan aura boss babe sebenar, padankan Prada Leather Loafers yang menjadi kegilaan musim ini bersama oversized blazer dan tailored trousers. Mahukan kelainan yang lebih edgy? Saint Laurent Le Loafer Mule menawarkan transisi gaya siang ke malam yang cukup lancar, memberikan impak effortless yang mahal.

Pesona Feminin Mary Janes Yang Menarik

Sementara itu, Mary Janes pula melangkah megah keluar daripada kepompong gaya feminin klasik. Evolusi terbaharu menyaksikan hibrid rekaan yang lebih sporty dan berstruktur. Bagi pencinta estetika quiet luxury, helaian mesh dan perincian minimalis daripada Miu Miu Calf leather mary jane ballerinas atau Bottega Veneta Orbit Flash adalah pelaburan wajib 2026. Ia sangat sempurna dipakai bersama midi skirt atau cropped denim kegemaran anda. Sama ada anda memilih hegemoni maskulin chunky loafers atau pesona hibrid Mary Janes, kuncinya adalah keberanian untuk suai padan.

Artikel berkaitan: Tahan Peluh & Wangi Lama, Ini Wangain Mewah Untuk Ke Konsert