Setelah melebarkan sayap ke kota London tahun lalu, pentas Victoria’s Secret bakal kembali ke New York lewat tahun ini. Pengumuman itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif, Sharen Jester Turney.
Keputusan itu dilihat sebagai sesuatu yang istimewa kerana kota New York merupakan pentas pertama Victoria’s Secret diperagakan pada tahun 1995. Jenama pakaian dalam itu bakal menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini dan ianya dianggap bertepatan untuk kembali ke pentas di mana ianya bermula.
Sebelum ini, sepuluh Angels baru diumumkan jenama itu. Martha Hunt, Jasmine Tookes, Elsa Hosk, Kate Grigorieva, Taylor Hill, Jac Jagaciak, Stella Maxwell, Lais Ribeiro, Sara Sampaio dan Romee Strijd bakal mengikut jejak langkah barisan Angels terdahulu seperti Tyra Banks dan Heidi Klum.