Bicara Mahkota Rambut Bersama Dynas Mokhtar

Bicara Mahkota Rambut Bersama Dynas Mokhtar

DynasMokhtarGambar: Arkib GLAM

 
There’s no better way to change up your look than your hairstyle! Mungkin itu yang membuatkan Dynas Mokhtar muncul dengan gaya rambut bob setelah sekian lama tampil dengan imej rambut panjang. GLAM sempat bicara santai bersama aktres ini berkenaan potongan rambut barunya.
 
Keputusan untuk memotong rambut?
Kini kehidupan berkeluarga dengan anak kecil yang gemar menarik rambut saya yang panjang dan seterusnya menyebabkan keguguran, terus saya memutuskan untuk memotong rambut pendek. Salah satunya juga adalah kerana saya mahu kelihatan lebih muda.
 
Bagaimana untuk kekalkan potongan rambut sebegini?
Saya perlu memotongnya setiap tiga minggu sekali kerana rambut yang cepat panjang.
 
Tell us about your hair color.
Sebelum ini saya tidak pernah mewarnakan rambut. Tetapi kini saya berani untuk mencubanya dengan hightlight di bahagian tertentu. Paling menarik adalah highlight tersebut hanya pada bahagian sebelah rambut sahaja! If I flip my hair to the other side, ianya adalah rona berbeza sekaligus menjadikan dua gaya rambut berlainan.
 
Pandangan terhadap trend rona rambut terang?
I love it! Saya mungkin akan mencuba rona biru atau merah. Ianya masih dalam pertimbangan.
 
Trend potongan rambut yang ingin dicuba?
Saya pernah mencuba potongan undercut di bahagian belakang. Selepas ini saya mahukan potongan rambut dengan angle berlainan, menampakkan potongan tinggi dan rendah.
 
Salon pilihan?
HairKunst di The Curve. Bambang Soteto akan dandan serta tukar gaya rambut saya hampir setiap bulan.
 
Kekerapan melakukan rawatan rambut?
Sebulan sekali.

IMG_9731Dynas bersama Ning Baizura dan Anzalna Nasir ketika ditemui di Dior Beauty Boutique baru-baru ini.

 
 

See also
Rakaman Audio Didedahkan, Bukti Johnny Depp Mangsa Keganasan Amber Heard