Rahsia Diet Fouziah Gous

Rahsia Diet Fouziah Gous

FouziahGous
 
Boleh kongsi resipi diet anda?
Saya tidak mengamalkan sebarang diet kerana saya seorang yang sukakan makanan. Tidak kira keju atau lemak, ianya termasuk dalam menu saya kerana kadangkala saya rasa diri memerlukan body fat terutamanya untuk sesetengah bahagian badan. Namun saya seimbangkan dengan pengambilan makanan sihat.
 
Saya juga melakukan senaman untuk mengekalkan keseimbangan berat badan serta bahagian perut. Namun saya bukanlah seorang yang obses dengan senaman sebaliknya hanya melakukannya bila perlu. Pada saya, senaman mudah sudah memadai. Paling penting adalah keyakinan diri.
 
Jenis senaman yang anda lakukan?
Saya sukakan senaman yang membentuk tone tubuh badan terutamanya bahagian perut. Oleh itu saya melakukan sit up 400 hingga 500 kali sehari untuk mendapat perut idaman. Saya turut mendisiplinkan diri untuk ke gim sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hanya 10 minit diperuntukkan untuk senaman kardio kerana saya mahu kekalkan body fat manakala 15 minit di treadmill. Saya juga biasa berjoging sejauh 7km untuk mengekalkan kesihatan jantung.
 
Bagaimana anda kekalkan kecantikan tubuh badan ketika sibuk?
Waktu rehat di pengambaran drama saya luangkan di gim. Saya gunakan masa yang ada sepenuhnya walau hanya setengah jam.
 
Tip diet mudah untuk pembaca GLAM?
Semestinya smart diet! Jangan korbankan nafsu makan sebaliknya buat pilihan bijak dalam pemakanan. Contohnya, ambil sarapan serta makan tengah hari dan kurangkan makan pada waktu malam. Tidak mengapa untuk mengambil nasi pada waktu tengah hari kerana ianya memberi tenaga hingga waktu malam. Juga, kenali jenis darah serta kekuatan dan kelemahan badan anda agar diet lebih berkesan.
 
Tubuh badan selebriti mana jadi pujaan?
Saya sukakan bahu Angelina Jolie, sungguh seksi!
 
 

See also
Festival Muzik Dunia Mesti Kunjungi