Paolo Riva yang sebelum ini bertugas sebagai Vice President, apparel and visual merchandising di Tory Burch selama tiga tahun kini dilantik menjadi CEO pertama Diane Von Furstenberg Studio.
Menerusi laman WWD Diane berkata, “Ini merupakan suatu keputusan yang amat penting untuk saya. Dia merupakan waris, seorang yang akan meneraju untuk dekad akan datang”. Setelah dua tahun mencari individu yang sesuai untuk menjawat jawatan itu, Diane akhirnya memilih Paolo kerana terpukau akan perspektif barunya dalam melihat jenama itu.
Paolo Riva bakal memulakan tugas pada 18 Mei nanti.