**Update: IMG Model iaitu agensi naungan Gisele Bundchen berkata pengumuman yang dibuat sebelum ini tidak benar kerana Gisele sendiri belum membuat kenyataan berkenaan persaraannya dari pentas peragaan. “Kami masih menjalin kerjasama dengan beberapa jenama antarabangsa dimana Gisele mungkin akan melakukan projek khas atau pertunjukan fesyen di masa hadapan”.
Supermodel dengan bayaran tertinggi di dunia Gisele Bundchen mengumumkan persaraan dari beraksi di pentas peragaan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Gisele, fokus kerjayanya kelak adalah terhadap projek khas manakala keutamaannya adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Hasil perkahwinannya dengan Tom Brady pada tahun 2009, dia dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pentas Minggu Fesyen Sao Paulo yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan bakal menjadi catwalk terakhir supermodel dari Brazil itu. Ianya merupakan simbolik terhadap kerjaya peragaan pentasnya kerana dia mula beraksi di pentas yang sama 20 tahun lalu.