Mula ditayangkan di pawagam hari ini, filem Cinderella terus menjadi fantasi serata dunia. Paling dinantikan adalah busana yang dipakai Cinderella, dari majlis tari menari hinggalah ke perkahwinannya bersama Prince Charming. Pereka kostum filem tersebut Sandy Powell berkata, seramai 16 orang mengerah tenaga untuk menyiapkan gaun pengantin itu dan ianya mengambil masa selama 550 jam (hampir sebulan) untuk disiapkan.
Hasilnya sudah tentu memukau! Gaun rona kuning dengan leretan kain panjang itu menggunakan organza sutera serta dihiasi corak bunga. Jelas Powell, “Cinderella memenangi hati putera dek kerana kebaikannya. Oleh itu saya mahu tonjolkan sisi itu melalui busana yang dipakai olehnya. Saya mahu dia kekal sederhana dan suci walau bakal bergelar diraja.”