Sewaktu pementasan Giles koleksi musim luruh/sejuk 2015 di Minggu Fesyen London, peragawati yang dihantar berjalan di pentas peragaan tampil dramatik dengan gincu rona hitam. Dipadankan dengan solekan minimal yang lebih memberi tumpuan pada garisan kening, ternyata gincu hitam juga agak versatil dan chic selain membangkit rasa seksi dan misteri.