Datin X: Suami Bercinta Dengan Kaum Sejenis

Datin X: Suami Bercinta Dengan Kaum Sejenis

datinx2

 

Suami Kembali Kepada Bekas Teman Lelaki

 

Jodoh Rose agak lambat. Lewat 30-an baru dia berumah tangga. Datin X rasa mungkin sebab karakternya yang agak kasar apatah lagi dia wanita berjawatan besar. Sekali dia jerit, bunyinya bagaikan guruh hingga menikus semua staf lelakinya melarikan diri. Tapi takdir menemukannya dengan seorang lelaki yang sanggup menerima Rose dengan seadanya. Rose berkenalan dengan Khairul cuma beberapa bulan, kemudian terus kahwin tanpa bertunang. Orang tanya kenapa tergesa-gesa, Rose jawab kalau ditunda takut tak menjadi pula. Lebih baik dilekaskan!

 

Dari segi luaran, Rose dan Khairul memang nampak sesuai bersama. Sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua. Khairul pun usianya sudah menghampiri separuh abad, belum pernah berkahwin dan mengusahakan perniagaan sendiri.

 

Masa kenduri, Datin X sempat menjenguk rumah kelamin meraka, Rose bakal berpindah masuk ke rumah Khairul. Gaya hiasan rumah nampak begitu feminin sekali. Hmm… di situ sudah timbul tanda tanya. Bila bersua muka sendiri dengan Khairul, kami semua agak sangsi kerana perwatakannya tak ubah seperti lelaki lembut. Namun perasaan itu dipendamkan sahaja. Yang lepas, biarlah lepas. Datin X sokong jika Khairul mahu buka buku baru.

See also
GLAM Expose: Keeping Up With Joneses: Penyakit Orang Kaya Akibat Tekanan Status dan Harta

 

Setahun berlalu, Datin X dengar Rose dan Khairul sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Yang tahu cerita, seakan sudah menjangka pengakhirannya sebegini. Rupa-rupanya si Kahirul dulunya memiliki hubungan terlarang jangka panjang dengan seorang lelaki juga rakan niaganya. Perpisahan akibat didesak keluarga. Namun mungkin kerana sudah terlalu lama bersama, the ex-boyfriend is now back in the picture.

 

Alasan lelaki itu banyak perkara yang belum selesai antara mereka berkaitan hal perniagaan mereka pernah usahakan bersama. Nampaknya Khairul tidak dapat bertahan lama sebelum kembali menyulam rindu setelah sekian lama menahan diri dari bertemu. Keadaan bertambah rumit kerana tanpa pengetahuan Rose, Khairul dan ex-boyfriend itu tadi pernah mengambil anak angkat sewaktu mula-mula bersama. Sekarang budak itu dah pun bersekolah menengah. Khairul breakdown di hadapan Rose apabila cerita anak angkatnya diungkit. Rindunya pada anak itu sudah tidak tertahan. Rose terus buntu tidak terkata apa.

 

Maka selepas hampir sebulan pinggan mangkuk berterbangan, Rose ambil keputusan untuk keluar rumah dan menyewa di tempat lain. Hari ini Rose terpaksa menebalkan mukanya saban hari menjejakkan kaki ke pejabat kerana satu bangunan seperti sudah tahu. Datin X rasa jika penceraian itu jalan terbaik, redha sajalah sebelum banyak lagi hati yang terluka. Hal hati dan perasaan orang tidak boleh dipaksa-paksa.

See also
SHIKIN GOMEZ

 
Kisah Rose ini adalah satu antara puluhan cerita yang lebih kurang sama. Wanita yang mengharapkan kasih dari lelaki gay, mengharapkan lelaki itu berubah supaya mereka boleh berkahwin and live happily ever after. I wish it is that simple, ladies! Tapi ada juga hubungan yang berjaya (setakat inilah!).