Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale

Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale

Diorserum

 

Kecantikan serta keremajaan kulit terus terpelihara dengan produk terbaru Serum Capture Totale dari Dior. Masalah penuaan kulit diseimbang dengan rumusan yang menegangkan wajah. Hasilnya kulit lebih lembut, anjal dan berseri bagai distruktur semula! Ikuti bicara eksklusif bersama pakar Dior untuk mengetahui lebih lanjut tentang serum Capture Totale ini.

 

Bagaimana anda melihat produk ini akan berjaya menarik pengguna dan meyakinkan mereka untuk membeli ?

Pakar Dior: Proses penuaan adalah satu proses yang berterusan, dengan ini pencengahan adalah jalan yang terbaik malah akan memberi manfaat untuk menjadikan kulit wajah tampak lebih muda. Serum Capture Totale ini sesuai untuk pengguna yang berumur 25-30 tahun ke atas.

 

Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam serum Capture Totale ini?

 Pakar Dior: Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini adalah peppermint yang mampu merangsang dan menyelaraskan semula struktur kulit muka. Apabila kulit wajah dipenuhi dengan sel baru ia akan menjadikan sel kulit menjadi aktif dan memberi kesan yang sangat baik untuk kulit seterusnya menjadikan ia mulus dan licin.

See also
Cara-cara Penjagaan Untuk Bibir Kering Anda

Berapa lamakah kesan serum itu dapat bertahan?

Pakar Dior: Ia bergantung pada kulit wajah itu sendiri. Untuk kesan serta merta anda akan nampak apabila mengaplikasikannya pada wajah setiap hari dan sekali gus ia akan menghasilkan kesan yang berpanjangan.