5 Filem Chinese Terbaik Wajib Ditonton Untuk Peminat Filem Emosi
Cerita Chinese sering menjadi pilihan penonton yang mencari filem dengan penceritaan matang, emosi yang jujur dan kisah yang dekat dengan realiti hidup. Tidak seperti filem hiburan ringan, kebanyakan filem bahasa Cina menekankan perkembangan watak, hubungan manusia dan konflik dalaman yang perlahan tetapi mendalam.
Bagi yang tertanya-tanya apakah cerita Chinese yang cukup berbaloi untuk ditonton, jawapannya bergantung pada satu perkara: filem yang meninggalkan kesan walaupun selepas tamat tayangan. Filem-filem ini bukan sekadar menghibur, tetapi membuatkan penonton berfikir, merasa dan merenung.
Berikut ialah senarai filem Chinese terbaik yang wajib ditonton, merangkumi pelbagai genre daripada kekeluargaan, cinta, remaja sehinggalah jenayah semuanya dipilih berdasarkan kekuatan cerita dan impak emosi.
Cerita Chinese terbaik yang wajib tonton
Antara cerita Chinese wajib tonton ialah Abang Adik, Better Days, How to Make Millions Before Grandma Dies, Us and Them dan The Pig, the Snake and the Pigeon.
1. Abang Adik – Cerita Chinese paling menyentuh jiwa
Abang Adik ialah sebuah filem Chinese tempatan yang memaparkan realiti kehidupan dua beradik yatim piatu tanpa dokumen pengenalan di Kuala Lumpur. Abang sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi adiknya daripada dunia yang keras dan tidak berbelas kasihan.
Filem ini menonjolkan isu sosial seperti kemiskinan bandar, keterpinggiran dan ikatan persaudaraan tanpa menggunakan dialog berlebihan. Penceritaannya ringkas tetapi berkesan, menjadikan Abang Adik antara cerita Chinese paling menyentuh dari Malaysia.
2. Better Days
Better Days mengisahkan seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa buli teruk ketika berdepan tekanan peperiksaan nasional di China. Cerita ini memfokuskan kesan psikologi buli, kesunyian remaja dan kegagalan sistem melindungi golongan muda.
Hubungan antara watak utama dan seorang remaja lelaki bermasalah berkembang secara perlahan dan realistik. Inilah yang menjadikan Better Days sebuah cerita Chinese yang berat, tetapi penting untuk difahami.
3. How to Make Millions Before Grandma Dies – Cerita Chinese paling menyentuh jiwa
Cerita Chinese-Thai ini berkisar tentang seorang cucu lelaki yang menjaga neneknya dengan niat tersembunyi, sebelum menyedari makna sebenar kasih sayang keluarga. Walaupun berlatar Thailand, nilai kekeluargaan Cina menjadi teras utama filem ini.
Ia menggambarkan hubungan antara generasi, pengorbanan orang tua dan penyesalan yang sering hadir terlalu lewat. Sebuah cerita Chinese yang sederhana, tetapi sangat dekat dengan realiti masyarakat Asia.
4. Us and Them
Us and Them ialah cerita Chinese tentang cinta yang tidak sempat menjadi kenyataan. Dua individu yang bermula bersama, tetapi terpisah oleh masa, impian dan realiti hidup.
Filem ini bergerak antara masa lalu dan masa kini, menunjukkan bagaimana cinta boleh berubah menjadi kenangan. Ia sesuai untuk penonton yang menghargai kisah cinta matang dan tidak klise.
5. The Pig, the Snake and the Pigeon
Berbeza daripada filem Chinese yang lain, filem ini membawa genre jenayah dengan elemen falsafah dan simbolisme. Ia mengisahkan seorang penjenayah yang menyedari hayatnya semakin singkat lalu cuba mencari makna hidup melalui caranya sendiri.
Penceritaan yang gelap, berlapis dan berani menjadikan filem ini sesuai untuk penonton yang sukakan filem Chinese dengan unsur psikologi dan moral yang mendalam.
Sebab cerita Chinese sering meninggalkan kesan
Filem bahasa Cina biasanya menekankan emosi dalaman, hubungan manusia dan konflik realistik, menjadikannya lebih dekat dengan pengalaman hidup sebenar. Ia sesuai untuk penonton yang sukakan filem beremosi, penceritaan matang dan kisah yang tidak bergantung pada aksi atau sensasi semata-mata.
Kesimpulannya, cerita Chinese menawarkan pengalaman menonton yang lebih perlahan tetapi bermakna. Jika anda mencari filem yang bukan sekadar hiburan, senarai ini ialah titik permulaan terbaik. Kesemua filem yang GLAM senaraikan di atas pada masa ini boleh ditonton menerusi platform penstriman Netflix.
Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Tempatan Pecah Panggung Tahun 2025!
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

