Alami Semangat Tahun Kuda Bersama Armani beauty di The Exchange TRX - Glam Malaysia

Alami Semangat Tahun Kuda Bersama Armani beauty di The Exchange TRX

Sambut Tahun Baharu di pop-up eksklusif Armani Beauty yang kini berada di The Exchange TRX dengan dekorasi serba elegan lagi Oriental untuk menyambut musim perayaan.

Dalam hiruk-pikuk persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, kemewahan dan tradisi bertemu dalam satu ruang yang mempesonakan. Armani beauty membuka tirai kepada pengalaman pop-up yang istimewa di The Exchange TRX, berlangsung dari 29 Januari hingga 23 Februari 2026, sebuah jemputan untuk memulakan tahun baharu dengan pancaran kecantikan yang luar biasa dan penuh dengan janji kemakmuran.

Lebih daripada sekadar kaunter kecantikan sementara, pop-up Armani beauty ini adalah manifestasi falsafah jenama dalam menterjemahkan auspicious beginnings ke dalam bahasa kecantikan kontemporari. Setiap elemen direka dengan teliti untuk memikat deria, menerangi tahun yang baharu, dan menyambut chapter kehidupan yang dipenuhi passion, prosperity, dan keanggunan yang halus.

Terletak di tingkat bawah Central Exchange @ The Exchange TRX, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, juga memberikan fleksibiliti kepada pengunjung untuk menjelajah pada masa mereka sendiri.

See also
Kekal Remaja dengan Tenaga Ginseng

Di tengah-tengah pop-up ini terletak koleksi makeup ikonik dan wangian signature Armani Beauty yang mengundang penerokaan. Sempurnakan radiance Tahun Baharu anda dengan Lip Maestro Magnet dalam dua warna eksklusif edisi terhad Lunar New Year.

Luminous Silk Prima Glow Cushion pula menawarkan jawapan kepada kulit yang flawless on-the-go. Dalam kesibukan musim perayaan yang penuh dengan lawatan rumah ke rumah, produk ini menjadi essential untuk mengekalkan glow yang segar sepanjang hari. Formula cushion yang praktikal namun mewah ini merangkumi signature Armani Beauty yakni sophisticated simplicity yang tidak berkompromi dengan kualiti.

Bagi mereka yang menghargai seni perfumery, koleksi Armani Privé menanti untuk ditemui. Thé Yulong membawa nuansa tea yang refined dengan sentuhan oriental yang halus, manakala Orange Méditerranée yang baharu memperkenalkan kesegaran Mediterranean yang vibrant kedua-duanya menjanjikan untuk meninggalkan lasting impression di mana sahaja perayaan membawa anda.

Seni Ekspresi Melalui Bunga

Salah satu highlight pop-up ini adalah Dawn Bouquet Activation iaitu sebuah pengalaman immersif yang menggabungkan tradisi pemberian bunga dengan personalisasi moden. Pelanggan yang membuat pembelian RM800 ke atas akan berpeluang untuk mencipta dawn bouquet mereka sendiri, sebuah gubahan bespoke yang memancarkan keanggunan, kemakmuran, dan janji Tahun Baharu yang luminous.

See also
Selami Seni Kaligrafi Arab

Dalam budaya Cina, bunga bukan sekadar hiasan. Ia membawa makna, simbol, dan doa untuk tahun yang mendatang. Aktiviti ini membenarkan setiap individu untuk menterjemahkan harapan mereka ke dalam arrangement yang unik. Namun, tawaran ini adalah tertakluk kepada stok yang terhad, menambah element eksklusiviti kepada pengalaman.

Armani beauty

Merangkul spirit perayaan dengan sepenuhnya, Armani Beauty memperkenalkan Auspicious Blind Box memberikan elemen kejutan yang menambah keseronokan kepada setiap pembelian. Dengan minimum pembelian RM688, pelanggan layak untuk dua cabutan, manakala mereka yang berbelanja RM988 menerima tiga peluang untuk mendedahkan kejutan istimewa.

Konsep blind box ini bukan sekadar strategi marketing, tetapi refleksi kepada tradisi ang pow dan elemen surprise yang menjadi sebahagian daripada perayaan Tahun Baharu Cina. Ia mengundang pelanggan untuk merangkul thrill of discovery, menikmati excitement, dan membiarkan fortune memihak kepada mereka dalam tahun yang baharu.

Artikel berkaitan Kendall Jenner Kini Duta Wangian Emporio Armani

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan