Element Kuala Lumpur, Sweet Hideaway di Tengah Kota
Kembalikan ketenangan dalam diri dengan menikmati waktu rehat di Element Kuala Lumpur tanpa perlu ke luar kota.
Sama ada anda inginkan penginapan panjang mahupun pendek, Hotel Element Kuala Lumpur menawarkan suasana menginap yang tenang dan selesa, jauh dari kesibukan harian. Reka bentuk hotel ini menekankan kesederhanaan, ruang yang lapang dan gaya hidup seimbang.
Back to your “Element”

Bilik tetamu yang luas dengan reka bentuknya yang ringkas tetapi sofistikated dengan palet warna natural dan tingkap kaca dari lantai ke siling yang membikai panorama bandar. Lebih menarik, Westin Heavenly Bed memberikan keselesaan optimum untuk rehat yang berkualiti, manakala sistem penapisan air 3M memastikan bekalan air bersih sepanjang penginapan. Ruang ini sesuai untuk berehat, bekerja secara santai atau staycation bersama rakan.

Studio Skyline King

OMBAK Swimming Pool
Disini, kemudahan kesejahteraan turut menjadi tarikan utama. Kolam renang indoor air masin dengan pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur memberikan pengalaman santai, serta gimnasium lengkap turut disediakan buat tetamu untuk mengekalkan rutin kecergasan mereka meskipun ketika bercuti.
Selain penginapan, Element Kuala Lumpur menawarkan ruang acara dan ballroom yang sesuai untuk pelbagai majlis termasuk perkahwinan, acara korporat dan pertemuan sosial. Ruangnya direka moden dan fleksibel mengikut keperluan.
Untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam, tetamu boleh menikmati hidangan yang enak bersama keluarga dan rakan-rakan di TRACE Restaurant & Bar yang terletak di aras 40 sambil mengagumi keindahan ibu kota.

TRACE Restaurant & Bar
Jika anda mahukan suasana menginap seperti rasa di rumah, Element Kuala Lumpur menawarkan pengalaman yang praktikal dan selesa, ideal buat mereka yang inginkan ketenangan di dalam kesibukan kota tanpa perlu mengembara jauh.
Artikel Berkaitan: Ini 8 Hotel Baru 2026 Yang Wajib Masuk Luxury Wishlist Anda
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

