GLAM Dan Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman #MyVolvoVibe  - Glam Malaysia

GLAM Dan Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman #MyVolvoVibe 

Satu misi, satu matlamat! Pengalaman kembara bersama Volvo Car Malaysia ke Tiarasa Escapes dan menyahut cabaran Volvo Driving 101 cetus kepuasan maksima!

 To be honest… I sudah lama tidak memandu,” kata Sharifah Sakinah apabila GLAM menjemputnya untuk mengikuti kembara selama dua hari bersama Volvo Car Malaysia. Namun, katanya dia ingin cuba dan mencabar dirinya untuk memandu dengan yakin dan selamat bersama Volvo. Pengalaman ini bermula dengan pertemuan pertama di Fennel & Co, Bukit Tunku di mana GLAM bersama Harper’s Bazaar, The Peak dan ICON yang masing-tampil bersama personaliti pilihan untuk sesi sarapan. 

 

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, GLAM bersama Sharifah Sakinah ditugaskan untuk memandu Volvo XC90. Pilot Instructor turut ditugaskan untuk berada bersama kami, memberi taklimat dan informasi mengenai XC90. Setiap fungsi dan kegunaanya. Model SUV XC90 Hybrid ini mempunyai sistem infotainment untuk skrin bersaiz 11.2 inci lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto terutama Google Assistant. Volvo XC90 hadir dengan sistem keselamatan aktif, dan menjadi highlight GLAM iaitu Pilot Assist iaitu generasi baharu dengan Adaptive Cruise Control.

See also
Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa

Perasaan berdebar-debar semakin terasa apabila tibanya di MAEPS, Serdang. Tapak lapang dan luas untuk kami mencabar diri untuk aktiviti utama iaitu Volvo Driving 101. Dalam sesi ini, GLAM dan Sakinah bergilir melalui 4 cabaran pemanduan yang direka untuk menguji aspek reflex, koordinasi dan keyakinan diri serta merasai sendiri kecanggihan teknologi keselamatan Volvo kala beraksi. 4 cabaran ini seperti cabaran memecut pantas dari 0-100 tanpa menjerit, menaip teks sambil memandu Slalom, refleks pantas samada kiri atau kanan untuk Don’t Hit Luigi hinggalah ke tekan brek serta-merta untuk Don’t Hit The Moose, ia benar-benar membangkit semangat kompetitif kami! Kata Sakinah, kali pertama memegang stereng untuk cabaran Don’t Hit The Moose, gemuruh, takut segalanya bermain di minda! Namun, apabila dia menekan sedalam-dalamnya pedal minyak ternyata mengubah persepsinya sekelip mata! Kerana Volvo dia kembali yakin dan tiada lagi trauma untuk memandu.

Volvo

 

Ke lokasi seterusnya untuk makan tengahari, kami bergerak konvoi ke Kikyo, Troika sebelum memulakan aktiviti kedua untuk #MyVolvoVibe Free-Roam sambil ditemani Volvo XC90 yang menjadi pendamping terbaik GLAM On The Go. Dari bersantai di W Hotel Kuala Lumpur sambil ditemani pemandangan ikonik KLCC, bersama padanan persalinan mewah gaun hitam berenda oleh All Saints dan sepatu tinggi Manolo Blahnik hingga ke pelukan ketenangan jiwa dan grounding di sekitar Janda Baik. 

See also
Taraji P. Henson Hampir Ragut Nyawa Sendiri Ketika Pandemik Covid-19

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Kembara diteruskan ke destinasi terapi jiwa seterusnya yang ditemani sistem audio premium Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara, menjadikan kabin XC90 adalah ruang ideal untuk menikmati pengalaman audio sambil bersesi Carpool Karaoke. Dari lagu playlist #MyVolvoVibe Sakinah bertukar ke #MyVolvoVibe GLAM membangkit mood effortless sambil bergelak-tawa. Sakinah juga mencuba Google Assistant di paparan skrin untuk membantu kami memandu dengan lancar ke destinasi terakhir di Tiarasa Escapes Luxury Glamping Resort . Kata Sakinah, “Setiap pitstop bagi saya punya momen berbeza. Dalam Volvo XC90 yang selesa, saya bernyanyi, ketawa, dan just… exhale. Google Assistant pula tolong navigate, playlist Carpool Karaoke adalah terapi untuk menghilang perasaan takut saya!”

 Tepat jam 5.30PM kami sampai di destinasi terakhir. Selepas makan malam yang diaturkan oleh di Tiarasa Escapes Luxury Glamping Resort, setiap tetamu dijemput untuk ke segmen terakhir, sesi Podcast RE X Volvo Fireside Talk yang berinspirasikan konsep “We’re Not Really Strangers”. Sesi ini adalah mengenai perbualan jujur, kisah peribadi dan momen serba emosi yang membentuk diri anda sekarang sama ada di atas jalan raya mahupun tidak. Topik utama sesi ini adalah Apakah maksud pemanduan bagi anda? Sakinah berkongsi pengalaman dia memandu selepas 10 tahun tidak memegang stereng dan Volvo berjaya memujuk hatinya untuk mencabar diri untuk kembali yakin dan banyak lagi dia berkongsi bersama. Tonton video penuh Podcast RE X Volvo Fireside Talk di Youtube GLAM Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Artikel berkaitan Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri

See also
Perkahwinan Putera Carl Philip Bersama Sofia Hellqvist

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan