Kenali 6 Jenis Teh Sesuai Untuk Rawat Kesihatan Badan - Glam Malaysia

Kenali 6 Jenis Teh Sesuai Untuk Rawat Kesihatan Badan

Dari green tea yang membakar kalori hingga chamomile yang menenangkan jiwa. Ketahui bagaimana secangkir teh boleh transformasi kesihatan dan well-being anda setiap hari.

Minum teh bukan sekadar ritual pagi atau evening wind-down biasa. Ia adalah satu bentuk self-care yang sophisticated, menggabungkan tradisi yang berusia berabad-abad dengan manfaat kesihatan yang terbukti secara saintifik. Di tengah-tengah lifestyle yang serba pantas ini, mengambil masa untuk menikmati secangkir teh yang baik bukan sahaja menenangkan minda, malah boleh meningkatkan kesihatan fizikal anda secara menyeluruh. Dari meningkatkan metabolisme hingga membantu anda tidur lebih nyenyak, pelbagai jenis teh menawarkan khasiat yang berbeza untuk keperluan yang berbeza. Mari kita explore enam jenis teh yang patut menjadi staple dalam wellness routine anda.

Teh

6 Jenis Teh untuk Kesihatan Anda

1. Green Tea

Green tea adalah superstar dalam dunia teh. Dipenuhi dengan antioksidan terutamanya catechins, ia adalah senjata rahsia anda untuk melawan free radicals yang boleh menyebabkan premature aging dan kerosakan sel. Tetapi, green tea juga diketahui dapat meningkatkan metabolisme, menjadikannya perfect companion untuk mereka yang ingin mengimbangi berat badan ideal. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan green tea secara konsisten boleh meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Nikmatinya hangat pada waktu pagi untuk energy boost yang selesa, atau sebagai iced tea pada tengah hari untuk kesegaran badan yang sihat.

See also
Lisa BLACKPINK Dikritik Hebat Kerana Persembahan Lip-Sync di Festival Global Citizen

2. Black Tea

Apabila anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat tetapi tidak mahu terlalu bergantung pada kopi, Black tea adalah jawapannya. Dengan kandungan kafein yang lebih tinggi daripada green tea tetapi masih lebih rendah daripada kopi. Black tea juga terbaik untuk kesihatan jantung kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol LDL dalam darah. Plus, ia support sistem pencernaan anda dan membantu anda stay focused throughout the day. Truly a classic yang never goes out of style.

3. Chamomile Tea

For those hectic days yang berakhir dengan overwhelmed mind dan restless nights, chamomile tea adalah penenang terbaik anda! Aroma lembut bunga chamomile secara semula jadi menenangkan sistem saraf, sementara kandungan antioksidan dan kompoun semulajadinya membantu menenangkan jiwa dan membaikpulih kualiti tidur. Minumlah chamomile tea sebelum tidur.

4. Ginger Tea

Ginger tea adalah powerhouse apabila ia melibatkan sistem pencernaan dan sistem imun badan. Active compound seperti gingerol berfungsi sebagai anti-inflammatory semulajadi yang efektif dalam meredakan pening, selsema, dan muscle pain. Tingkatkan lagi kegunaannya dengan menambah madu dan lemon. Inilah kombo terbaik untuk tambah rasa dan nutrisi. Minuman ini adalah sangat sesuai semasa cuaca sejuk atau bila anda rasa slightly under the weather.

5. Peppermint Tea

Sering mengalami bloating atau ketidakhadaman perut?  Peppermint tea adalah solusi yang anda perlukan. Kandungan menthol di dalamnya memberikan cooling sensation yang menyegarkan sambil membantu relax muscles dalam saluran pencernaan anda. Aroma peppermint yang fresh boleh meningkatkan penumpuan anda dan menyegarkan nafas. Double win untuk hari-hari anda yang busy!

6. Hibiscus Tea (Rosella)

Dengan warna merah-ungu yang stunning dan rasa tart yang refreshing, hibiscus tea bukan sahaja cantik di Instagram, malah sangat terbaik untuk kesihatan. Ia mewah dengan vitamin C dan antioksida yang meningkatkan sistem imun anda. Lebih menakjubkan lagi, hibiscus tea membantu mengimbangi tekanan darah pada tahap yang sihat dan boleh membantu dalam menurunkan tahap kolestrol  . Setiap jenis teh menawarkan kegunaan yang unik yang boleh disesuaikan dengan keperluan badan dan mood anda.

See also
Tips Tinggikan Aset Hartanah

Artikel berkaitan Benarkah Teh Hijau Mampu Mengawal Berat Badan?

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan