5 Tas Tangan Jenama Lokal Yang Tengah ‘In’ Sekarang!
Lima jenama ini bukan sekadar menandakan kebangkitan fesyen tempatan, tetapi juga bukti bahawa local is the new IT-Bags.
Dalam landskap fesyen yang sentiasa bergerak pantas, tas tangan buatan tempatan kini mendapat tempat dan menjadi simbol gaya dan identiti moden. Daripada rekaan berstruktur hingga ke siluet nostalgia, jenama-jenama lokal tampil dengan sentuhan tersendiri yang lantas membuktikan bahawa cita rasa mewah tidak semestinya datang dari luar negara. GLAM himpunkan lima tas tangan musim kini dari jenama lokal yang mesti miliki buat para IT-Girls, turut menandakan era baharu di mana local design benar-benar “in” sekarang!
5 Tas Tangan Jenama Lokal Buat Pencinta Beg Bergaya
1. The Baguette Bag, INREA
INREA membawa semula pesona era 90-an dengan The Baguette Bag, reka bentuk bahu klasik yang diolah semula dengan bentuk yang lebih kontemporari dan berstruktur. Hadir dalam enam kemasan elegan seperti Espresso, Cherry dan Leopard, tas tangan ini memadukan gaya mewah dengan fungsi harian yang nyata praktikal. Dengan harga mampu milik dan kualiti premium, The Baguette Bag menonjolkan personaliti wanita urban yang ringkas tetapi penuh cita rasa.
2. SKYNN Bag, Ayaaya Studios
Merupakan sebuah kesinambungan evolusi yang menafsir semula keanggunan melalui bentuk yang berani, Ayaaya Studios mempersembahkan koleksi Hybreed Bag 0.2 Capsule: SKYNN. Koleksi terhad ini mengungkap tema transformasi dan dominasi halus, lantas mencipta daya tarikan yang stylish yet effortless. Tas tangan ini menampilkan tekstur berinspirasikan kulit ular yang direka dengan penuh ketelitian, hadir dalam tiga rona menawan yang menyerlahkan gabungan antara bentuk abadi dan keberanian kontemporari untuk diterokai.
3. 2000’s Knotted Bag, Nazifi Nasri
Nazifi Nasri menyelusuri nostalgia Y2K melalui koleksi 2000’s Knotted Bag yang penuh karakter. Jenama lokal popular ini menghadirkan beg bahu ramping yang memadukan sentuhan retro dengan estetika moden. Butiran simpulan halus pada flap depan menambah keanggunan kasual, manakala pilihan deretan warna dan material yang pelbagai, lantas menjadikannya aksesori versatil yang mesti miliki.
4. The Nük Bag, Harī by Harī
The Nük Bag oleh HARI menyerlah dengan reka bentuk yang clean dan siluet feminin yang sofistikated. Hadir dalam tiga rona klasik termasuk hitam, coklat dan burgundy, ia menggambarkan keseimbangan antara keanggunan dan praktikaliti. Beg ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang menghargai keindahan minimalis serta sentuhan lokal yang memancarkan aura elegan tanpa berlebihan.
5. Mini Dufflëtte, Brïk
Dengan inspirasi nostalgia Y2K yang menyuntik esen lembut namun stylish, tas tangan Mini Dufflëtte oleh Brïk membawa sentuhan keseronokan ke dalam dunia aksesori tempatan. Diperbuat daripada suede baldu mewah dengan logo timbul serta sulaman eksklusif kolaborasi brïkSVG, tas tangan edisi terhad ini membuka ruang untuk eksplorasi gaya. Sama ada dipadukan secara silang mahu pun tampil bergaya dengan pegangan tangan, ia memancar gaya yang bernada versatiliti. Rekaannya yang berjiwa muda menjadikan ia adalah it-bag terkini buat pencinta fesyen yang suka tampil berbeza.
Artikel berkaitan: Label Lokal Fesyen Asia Tenggara Untuk Anda Add To Cart!
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

