Daiyan Trisha Wajah Good Girl Superluxe Di Malaysia
Sebuah karya seni wangian yang menggabungkan keanggunan haute perfumery dengan kilauan kristal Swarovski, Good Girl Superluxe pilihan wanita moden Malaysia.
Dalam satu kolaborasi yang mempesonakan, Carolina Herrera berkolaborasi bersama Swarovski untuk pelancaran eksklusif Good Girl Superluxe Collector’s Edition di Malaysia. Ia sebuah mahakarya terhad yang menyatukan dunia haute perfumery dengan seni kristal yang memukau. Dengan hanya 50 botol dicipta di seluruh dunia, kehadirannya di Malaysia bukan sekadar pelancaran produk, tetapi penghormatan kepada keyakinan, kuasa dan kekuatan wanita Malaysia yang luar biasa.

Lambang Dualiti Feminiti Moden
Good Girl Carolina Herrera telah menjadi ikon feminiti kontemporari yang meraikan dualiti wanita masa kini. Daripada botol berbentuk kasut tumit tinggi yang mencuri tumpuan hinggalah wangian yang berani namun canggih, Good Girl menjelma sebagai simbol wanita Malaysia yang meruntuhkan sempadan dan merangka laluan mereka sendiri sambil mengekalkan keanggunan dan maruah diri.
Kini, ikon tersebut ditinggikan menjadi sebuah objet d’art yang mempesonakan. Good Girl Superluxe Collector’s Edition dihiasi dengan lebih 2,000 kristal Swarovski yang diterapkan satu persatu secara tangan dan proses ketukangan yang memakan masa 18 jam . Gradien sapphire dan aquamarine yang bercahaya mengalir di bahagian instep, manakala tumit keemasan dipenuhi kristal Light Colorado Topaz yang berkilauan dengan ketepatan sempurna. Botol ini terletak dalam bekas baldu biru mewah dengan pelapik lembut yang mengingatkan kepada kotak barang kemas halus sebagai cerminan kepada kepakaran seni Carolina Herrera dan kecemerlangan abadi Swarovski.

Daiyan Trisha: Wajah Keberanian Malaysia
Untuk menghormati mahakarya ketukangan ini, Carolina Herrera memilih aktres cantik Daiyan Trisha sebagai wajah Superluxe Collector’s Edition di Malaysia. Penjelmaan sejati Good Girl moden, Daiyan merupakan lambang keanggunan dan keberanian. Pencapaiannya yang lahir daripada pemberontakan yang berani adalah bukti komitmennya untuk mengilhamkan generasi baharu wanita Malaysia agar membentuk budaya dan memimpin dengan yakin melalui perjalanan kreatifnya.
Bagi Daiyan, kolaborasi ini mewakili satu hubungan peribadi dengan nilai-nilai Good Girl. Katanya, “Good Girl sentiasa tentang merangkul setiap sisi diri kita. Ia mengingatkan saya bahawa wanita boleh menjadi lembut dan kuat, anggun dan berani, semuanya pada masa yang sama. Untuk melihat mesej ini disambut melalui sesuatu yang luar biasa seperti Superluxe Collector’s Edition, dan mewakilinya di Malaysia, adalah sungguh istimewa.”

Sejak debutnya pada 2016, Good Girl telah memikat wanita di seluruh dunia dengan komposisi yang berani. Wangian ini kontras nota melati dengan intensiti koko, tonka bean, badam dan kopi. Lebih daripada sekadar aroma, ia adalah simbol feminiti moden yang merangkul kerumitan dan meraikan keunikan individu. Di Malaysia, di mana wanita membentuk industri, memimpin perbualan dan mendefinisi semula makna kejayaan, nilai-nilai Good Girl membawa kepentingan yang tersendiri.
Pelancaran Superluxe Collector’s Edition di Malaysia meraikan feminiti berani dari dalam dan luar. Sama ada dikagumi sebagai wangian, karya seni atau harta koleksi, ia adalah peringatan bahawa wanita di Malaysia, seperti Good Girl itu sendiri, boleh menjadi anggun dan berani, tradisional dan moden semuanya sekali gus. Dapatkan rangkaian wangian Carolina Herrera Good Girl boleh didapati secara eksklusif di Sephora dan gedung cantik terpilih di seluruh negara, termasuk Seibu, Isetan, Parkson, SOGO, dan AEON.
Artikel berkaitan Carolina Herrera Good Girl Blush Elixir Eau De Parfum
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

