GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!
Ramai yang ingin kekal aktif tetapi sering berdepan dilema: senaman di gim terasa membosankan, manakala aktiviti luar kadang-kadang sukar konsisten kerana faktor cuaca. Jika anda mencari sesuatu yang berbeza, aqua fitness workouts mungkin jawapan yang anda cari.
Senaman dalam air ini semakin popular kerana ia menggabungkan kecergasan dan keseronokan dalam satu rutin. Berbanding latihan di darat, pergerakan dalam air lebih ringan pada sendi, namun tetap mencabar otot dan stamina anda. Hasilnya, tubuh lebih cergas tanpa rasa cepat penat.
Menariknya, aktiviti ini sesuai untuk semua, sama ada anda baru mula bersenam atau sudah biasa dengan rutin kecergasan. Air bertindak sebagai rintangan semula jadi yang membantu menguatkan otot, memperbaiki koordinasi, serta memberi kesan relaksasi pada minda.
Apa itu aqua fitness workouts?

Kredit foto: Getty Images
Aqua fitness ialah sejenis latihan kecergasan yang dilakukan di dalam kolam renang cetek. Pergerakan asas seperti berjalan, melompat, atau mengangkat tangan menjadi lebih mencabar kerana rintangan air. Menurut American Council on Exercise, rintangan air adalah 12 kali lebih besar berbanding udara, menjadikan setiap gerakan lebih efektif untuk menguatkan otot. Malah, aktiviti selama 1 jam boleh membakar sehingga 400–500 kalori, bergantung kepada intensiti.
Manfaat aqua fitness workouts

Kredit foto: Getty Images
1. Membakar kalori dengan lebih efektif
Setiap gerakan dalam air memerlukan tenaga tambahan kerana tubuh berdepan rintangan dari semua arah. Inilah sebabnya aqua fitness mampu membakar ratusan kalori dalam tempoh satu sesi, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan sambil kekal bertenaga.
2. Mesra sendi dan sesuai untuk semua peringkat umur
Air menyokong sebahagian besar berat badan, sehingga 90% bergantung pada kedalaman air. Ini bermakna tekanan pada lutut, pinggul, dan sendi jauh lebih rendah berbanding senaman darat.
3. Meningkatkan keseimbangan dan postur badan
Senaman ini menguatkan otot teras (core muscles) kerana tubuh sentiasa perlu menstabilkan pergerakan dalam air. Hasilnya, anda akan memiliki postur lebih baik, koordinasi lebih kemas, dan keyakinan diri yang lebih tinggi dalam aktiviti harian.
4. Kekuatan otot dan fleksibiliti yang lebih baik dengan aqua fitness workouts
Dengan rintangan air yang datang dari pelbagai arah, setiap gerakan tangan atau kaki melatih otot bekerja lebih seimbang. Lama-kelamaan, anda bukan sahaja membina kekuatan tetapi juga meningkatkan fleksibiliti, menjadikan tubuh lebih lentur dan tahan lasak.
5. Memberi kesan relaksasi dan mengurangkan stres
Kajian daripada National Library of Medicine (NIH) menunjukkan bahawa berada di dalam air mampu menurunkan tekanan darah serta merangsang pelepasan endorfin. Air suam pada suhu 30-32°C juga terbukti membantu otot lebih relaks, seakan terapi spa.
6. Aktiviti sosial yang menyeronokkan ketika aqua fitness workouts
Kebanyakan kelas aqua fitness dilakukan secara berkumpulan dengan tenaga pengajar yang bertenaga. Suasana penuh gelak tawa ini bukan sahaja memberi motivasi tambahan, malah menjadikan senaman terasa lebih ringan. Anda tidak hanya mendapat manfaat fizikal, tetapi juga sokongan emosi daripada komuniti yang sama-sama berkongsi matlamat hidup sihat.
Untuk anda yang ingin mencuba sendiri keseronokan ini, GBC Love Wellness akan membawakan sesi aqua fitness workouts secara eksklusif di Sunway Resort. Bukan sahaja menawarkan pengalaman senaman yang berbeza, acara ini juga menjadi ruang untuk bersosial bersama komuniti yang sama-sama mengutamakan gaya hidup sihat.
Jangan lepaskan peluang untuk keluar daripada rutin biasa. Aqua fitness workouts bukan sahaja baik untuk tubuh, tetapi juga untuk minda anda. Inilah masanya untuk rasai sendiri perbezaannya!
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 7 Jenis Urutan Paling Popular Di Dunia
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

