OMEGA Seamaster Aqua Terra Turquoise Buat Gaya Musim Panas
OMEGA Seamaster Aqua Terra Turquoise

OMEGA Seamaster Aqua Terra Turquoise Buat Gaya Musim Panas

OMEGA meraikan cuti musim panas dengan Seamaster Aqua Terra Turquoise

Musim panas ini, jenama jam tangan mewah Switzerland, OMEGA, memperkenalkan dua model baharu Seamaster Aqua Terra Turquoise yang memikat pandangan dengan kombinasi warna yang segar dan teknologi canggih. Koleksi ini hadir dalam dua pilihan saiz — 38 mm dan 41 mm — menampilkan bezel seramik dan tali getah berstruktur yang diintegrasikan dengan sempurna, meneruskan kesinambungan reka bentuk elegan yang dilancarkan pada model gelang keluli tahun lalu.

Keunikan koleksi ini terletak pada dial turquoise berlapis varnis yang dihiasi kesan gradien hitam, mencipta permainan warna seperti cahaya matahari menembusi air laut. Bezel seramik hitam matte [ZrO₂] membingkai dial yang berkilau, sementara penanda jam dan jarum berlapis PVD hitam diisi dengan Super-LumiNova putih yang memancarkan cahaya biru dalam suasana gelap. Tali getah hitam berstruktur dengan jahitan turquoise menambah dimensi visual yang menghubungkan dial dan keseluruhan rekaan, memberikan sentuhan sporty namun tetap mewah.

OMEGA Seamaster Aqua Terra Turquoise

Walaupun tampil memukau, Aqua Terra Turquoise tidak berkompromi dari segi prestasi. Ciri ikonik seperti caseback bertepi gelombang, kaca nilam kubah dengan rawatan anti-reflektif, dan rintangan air sehingga 150 meter (500 kaki) menjadikannya jam tangan serba guna untuk aktiviti harian mahupun pengembaraan di laut. Model 41 mm dilengkapi Calibre 8900 Co-Axial Master Chronometer, dengan rizab kuasa selama 60 jam. Model 38 mm pula menggunakan Calibre 8800, menawarkan rizab kuasa 55 jam. Kedua-dua pergerakan ini mampu menahan medan magnet sehingga 15,000 Gauss, serta diiktiraf METAS bagi ketepatan dan ketahanan.

See also
4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023

Sejak diperkenalkan, Seamaster telah menjadi lambang inovasi OMEGA, menggabungkan fungsi teknikal dan gaya timeless. Edisi Turquoise ini menambah warna segar dalam sejarah panjang koleksi, melambangkan semangat eksplorasi dan kesediaan untuk menghadapi masa depan.

Artikel Berkaitan: OMEGA Aqua Terra 30 MM Taruhan Buat Wanita Kini

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.