Butik Pertama RR By Rizman Ruzaini Kini Di Pavilion KL - Glam Malaysia

Butik Pertama RR By Rizman Ruzaini Kini Di Pavilion KL

Rizman Ruzaini mencipta lembaran baharu, lancar butik pertama RR by Rizman Ruzaini di Pavilion Kuala Lumpur dengan ruang membeli-belah yang cukup eksklusif sebagai destinasi fesyen tempatan.

Bersempena meraikan 20 dekad berada di dalam dunia fesyen, jenama tanah air ternama Rizman Ruzaini mengorak langkah baharu dengan pembukaan butik RR by Rizman Ruzaini yang pertama. Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur aras empat, ia menjadi mercu gaya yang mana menjadi nadi kepada trend dan kemewahan di ibu kota. Butik yang cukup luas ini menandakan fasa baharu buat perjalanan label Rizman Ruzaini yang cukup sinonim dengan siluet anggun, sentuhan budaya serta himpunan rekaan yang mewah lagi eksklusif.

RR By Rizman Ruzaini, Gaya Destinasi Baharu Buat Pencinta Fesyen Tempatan

Berbanding dengan showroom utama mereka di Shangri-La Kuala Lumpur yang dilancarkan awal bulan ini, butik baharu di Pavilion KL ini memberikan akses lebih luas dan mudah kepada koleksi sedia-pakai mereka yang semakin mendapat tempat di hati pencinta fesyen kontemporari. Dibina dengan nuansa butik yang intim tetapi terbuka kepada komuniti, ruang ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih memudahkan namun tetap eksklusif. Ia bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga menghidupkan identiti RR yang sentiasa berazam tinggi. Daripada himpunan item busana, aksesori mahupun rangkaian minyak wangi, kesemuanya boleh diterokai di butik ini.

See also
Kafe Mesti Kunjung: EL&N London Kini Di Kuala Lumpur

Pelancaran ini turut membawa pelanggan untuk dapat menikmati sneek peek eksklusif koleksi ‘Rebirth: Vol.1 – Gratitude’, koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 yang bakal membuat debut rasminya di pentas KL Fashion Week. Koleksi ini menyelami tema renungan, penghargaan dan kelahiran semula, menampilkan potongan-potongan yang menggabungkan nostalgia dan aspirasi moden. Lantas, membawa satu bentuk penghormatan kepada perjalanan 20 tahun mereka di dalam landskap fesyen tempatan.

Dalam pada itu, kerjasama strategik bersama Modinity Group yang merupakan kumpulan gaya hidup yang menaungi deretan jenama berpengaruh dan antaranya seperti Buttonscarves, menandakan komitmen RR untuk menembusi pasaran serantau secara lebih tinggi. Di mana, Malaysia hanyalah permulaan kepada perancangan peluasan mereka di Asia Tenggara. Dengan Pavilion KL sebagai titik tumpu, butik ini bukan hanya destinasi beli-belah, tetapi menjadi a great milestone for Malaysian Fashion dan RR pastinya menyatukan warisan dan visi global di bawah satu bumbung.

Artikel berkaitan: Rizman Ruzaini Menyulam Dua Dekad Legasi Dalam Era Baharu Fesyen

See also
Fesyen, Stail & Glamor Memenuhi Karpet Merah Anugerah Tony 2018

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.