Dior Forever Janjikan Kulit Sempurna Seperti Jisoo - Glam Malaysia
Dior Forever Janjikan Kulit Sempurna Seperti Jisoo

Dior Forever Janjikan Kulit Sempurna Seperti Jisoo

Revolusi baharu Dior Forever yang menjanjikan kesempurnaan selama 24 jam pemakaian. Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup, sekali lagi memukau dunia kecantikan dengan koleksi Dior Forever terbaharu yang berinspirasikan Beauty Filter dengan kemewahan haute couture.

Jisoo

Ritual baharu Dior Forever yang diilhamkan daripada efek Beauty Filter adalah sebuah inovasi yang mentransformasi kompleksi dengan kemahiran yang tiada tandingan. Bermula dengan kesempurnaan mutlak bedak asas Dior Forever Skin Glow yang diperkaya dengan serum pelembap premium melalui 42 pilihan nuansa yang eksklusif.

Dior Forever Skin Perfect, bedak asas stik yang juga menjadi kunci utama kepada kesempurnaan kulit wajah dengan tekstur lembut lagi sekata, juga menawarkan kelembapan selama 24 jam. Kabur wajah bersama Dior Forever Nude Matte Filter dan Dior Forever Nude Radiant Filter yang kedua-dua diperkaya dengan asia hialuronik serlahkan sinar wajah semula jadi. Penutup ritual baharu Dior Forever ini, layangkan pemerah pipi Dior Forever Blush Soft Filter berkemasan tekstur krim lembut.

See also
Betul Ke Guna Sunscreen Dalam Rumah Penting?

Dior Stick

Dior Forever Nude Dalam Kemasan Filter Matte Dan Bersinar

Dengan kepakaran prestasi tahan lama yang tiada tandingan, Dior Forever mentakrifkan semula Setting Powder untuk meningkatkan dan memanjangkan ketahanan bedak asas tanpa rasa berat, dan formula diperkaya asid hialuronik. Yang bertindak untuk memelihara kulit dengan penuh kasih sayang. Kompleksi ini buat kulit kelihatan ditapis dengan sempurna, dan kulit bernafas bebas dari pagi hingga malam.

Dior Forever Nude Matte Filter dipersembahkan dalam tekstur ringan dan mengawal kilauan dalam kemasan matte. Ia buat kulit kelihatan lembut seperti sutera. Formula utamanya, bertindak mengaburi permukaan kulit lebih licin dan ketidakseragaman kulit. Malah, ia menyerap sebum berlebihan dan mengaburkan liang roma sepanjang hari. Pigmen yang dimikronisasi memastikan warna yang tepat dan mendedahkan kecerahan semula jadi kompleksi.

Dior nude

Artikel berkaitan Generasi Terbaru Dior Forever 2022

Dior Forever Nude Radiant Filter pula melengkapkan rutin cahaya ikoniknya dengan Setting Powder baharu yang mengaburkan tanpa dapat dikesan. Formula inovatif ini mengandungi gabungan pekat mikro-kilauan dan bedak penyempurnaan yang berada dalam asas separa-telus untuk pantulan cahaya optimum pada kulit.

See also
Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021

 

PENTINGNYA BEDAK ASAS DIPERKAYA DENGAN ASID HIALURONIK

Dalam satu pencapaian formulasi yang memukau, bedak Dior Forever Nude Matte Filter dan Dior Forever Nude Radiant Filter direka menggunakan proses pengeluaran inovatif yang menggabungkan asid hialuronik. Ramuan signature Dior Forever ini, yang wujud secara semula jadi dalam kulit, mampu menarik dan menahan sehingga 1,000 kali ganda beratnya dalam air. Dengan setiap aplikasi, ia serta-merta membantu melembapkan kulit, yang kekal selesa dari pagi hingga malam.

Dior Forever

Serikan wajah bersama Dior Forever Blush Soft Filter baharu yang menyerlahkan ronanya bab warna lembut di awan. Dior Forever Blush Soft Filter meningkatkan tulang pipi dengan pilihan warna lembut dalam kemasan matte. Tekstur  krim ringan yang berubah menjadi bedak apabila bersentuhan dengan kulit, cetus keunikan!

Dior Forever Blush Soft Filter ini adalah menggunakan formula cream-to-powder iaitu kombinasi bedak dan minyak yang disatukan sempurna apabila bersentuhan dengan kulit untuk meninggalkan hanya jejak warna semula jadi pada wajah.

Artikel berkaitan Solekan Musim Panas Dioriviera 2025

See also
The Alchemist Garden 1921 Ilham Ikonik

Tambahan warna nude lebih membuka lembaran baru utk Dior Forever. Dengan formula baru, yang teksturnya lebih lembut. Peter Philips dan pakar makmal Dior mereka pilihan warna nude asli yang membangkit rona kulit wajah lebih semula jadi. Seperti warna rosy nude, muted brown, pastel pink dan warna paling semula jadi walaupun merah adalah 06 Hibiscus.

Dior Blush

Tiga duta Dior Beauty, Anya Taylor-Joy, Jisoo dan Willow Smith beraksi dalam kempen baharu Dior Forever yang mengikuti visi dan ilham Oliver Hadlee Pearch dan Liz Collins. Tiga wanita muda ini bertemu  dengan ceria dan bertenaga sambil berkongsi rutin kecantikan mereka dan saling memberi inspirasi. Meraikan semangat back-to-school, ikatan persahabatan terjalin antara mereka sangat kuat disebalik set pengambaran estetik nude.

Willow Smith

 

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan