Revolusikan Rambut Anti-Gugur Dengan Koleksi Kérastase Genesis & Elixir Ultime

Revolusikan Rambut Anti-Gugur Dengan Koleksi Kérastase Genesis & Elixir Ultime

Jadikan impian rambut cantik memikat jadi realiti! Koleksi Genesis dan Elixir Ultime dari Kérastase menjadi penyelesaian “Never Be Afraid Of Falling” yang menjadi revolusi dan menjanjikan mahkota sihat.

Keguguran rambut bukanlah pengalaman asing bagi kita. Sama ada disebabkan tekanan harian, rutin pemakanan tidak seimbang atau pelbagai cabaran kehidupan, masalah ini boleh mengganggu keyakinan diri. Koleksi Genesis hadir sebagai pencetus transformasi dan direka khas untuk mereka yang mempunyai masalah rambut mudah gugur. Formula istimewanya bukan sekadar mengukuhkan helaian rambut, malah turut merawat kulit kepala dan menguatkan akar rambut.

Ketahui Punca Permasalahan

Hakikatnya, ramai wanita kehilangan keyakinan diri apabila berhadapan dengan isu keguguran rambut. Masalah ini bukan sekadar menggugat penampilan, malah boleh mencetuskan keresahan serta rasa malu untuk tampil bergaya dengan rambut anda. Jangan biarkan keyakinan diri anda terus tergugat! Kembalikan semula rasa yakin dan miliki rambut yang sihat dengan koleksi Genesis dari Kérastase.

Mengenali Bahan Istimewa

Koleksi Genesis yang komprehensif ini direka untuk mengukuhkan rambut anda sebelum masalah keguguran bermula. Ia berkesan menangani tiga masalah utama seperti rambut rosak, bercabang dan kelemahan pada akar.

See also
Alvin Chong Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Genesis Hydra Fortifiant Shampoo

Nikmati Genesis Hydra Fortifiant Shampoo istimewa untuk memulakan rutin penjagaan rambut anda. Sapukan syampu dengan lembut pada kulit kepala dan rambut yang basah, kemudian urut perlahan-lahan sehingga membentuk buih. Biarkan bahan aktifnya meresap seketika sebelum membilas sepenuhnya dengan air jernih sehingga bersih.

Genesis Renforçateur Conditioner & Genesis Reconstituant Mask

Pada langkah ini, manjakan rambut anda dengan gabungan dua produk penting iaitu perapi dan pupur rambut. Genesis Renforçateur Conditioner berfungsi secara mendalam untuk menyuburkan setiap helai dan memudahkan rambut kusut terlerai dengan sempurna. Sapukan dengan lembut pada rambut yang sudah dibersihkan, berikan masa 2-3 minit untuk bahan aktifnya meresap dan bertindak, kemudian bilaskan hingga bersih dengan air segar untuk rambut yang terasa lembut berkilau.

Genesis Reconstituant Mask pula bertindak sebagai terapi hidro-nutrisi yang mendalam. Sapukan pupur ini dengan teliti pada rambut yang telah dibersihkan, berikan masa selama 5 minit untuk membolehkan formula berkuasanya meresap sepenuhnya ke dalam setiap helai.

See also
Rahsia Solekan Halle Bailey Di Dalam Little Mermaid

Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum

Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum bertindak sebagai penguat berterusan untuk kulit kepala anda, bekerja tanpa henti dari hari ke hari untuk membina ketahanan dan kekuatan optimum pada setiap helai rambut. Penggunaan serum secara konsisten setiap hari akan mewujudkan ekosistem sempurna pada kulit kepala, mencipta persekitaran yang subur dan seimbang untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang sihat.

Genesis Defense Thermique

Berikan perisai kepada rambut anda daripada ketegangan harian dan kesan haba melampau akibat penggunaan alat penggayaan. Genesis Defense Thermique direka untuk melindungi rambut anda daripada suhu melampau sehingga 220°C, sambil meleraikan kekusutan dan memberikan lembapan optimum. Gunakan produk ini pada rambut lembap sebelum proses pengeringan untuk mendapatkan perlindungan anti-pecah yang berkesan, menjamin rambut anda kekal kuat dan terpelihara sepanjang hari.

Elixir Ultime L’Huile Originale Refillable Hair Oil

Kecanggihan formulanya memenuhi keaslian dan kelestarian melalui botol Elixir Ultime yang direka baharu dengan ciri boleh diisi semula. Dalam usaha untuk mendapatkan rambut bersinar, kuasa tititsannya dapat melindungi rambut daripada sinaran UV, bebas keriting lantas menghasilkan rupa kilauan yang sempurna. Kelembapan ambien dan pencemaran luaran seperti sinaran UV merosakkan kesihatan rambut anda, menjadikannya keriting atau kusam.

See also
5 Produk Rambut Hindarkan Bau Kepam Disebalik Hijab