Fesyen Selebriti Paling GLAMour di Le Grand Dîner du Louvre - Glam Malaysia
Fesyen Selebriti

Fesyen Selebriti Paling GLAMour di Le Grand Dîner du Louvre

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Le Grand Dîner du Louvre adalah acara gala eksklusif yang diadakan buat kali pertamanya pada 4 Mac 2025 di Musée du Louvre, Paris. Terinspirasi oleh Met Gala di New York, acara ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan antara seni dan fesyen serta mengumpul dana bagi menyokong projek pemuliharaan muzium dan program pendidikan. 

Acara ini bertepatan dengan pembukaan pameran Louvre Couture: Objets d’Art, Objets de Mode, yang mempamerkan lebih daripada 100 rekaan busana dan kelengkapan.Jenama pereka busana terkenal tersebut terdiri daripada Christian Dior, Alexander McQueen, dan Chanel dan banyak lagi. Setiap rekaan dilengkapi dengan objek seni dari koleksi muzium, menunjukkan hubungan antara sejarah dan fesyen moden.

Sekitar 300 tetamu elit dari latar fesyen, hiburan dan seni dapat dilihat menghadirkan diri ke acara ini. Antaranya, Michelle Yeoh, Gigi Hadid, Keira Knightley serta penyanyi Doechii yang turut membawakan persembahan ekslusif di acara tersebut. Setiap selebriti tampil dengan gaya yang memukau dan mencerminkan tema keagungan seni dan fesyen.

See also
Yang Glamor dan Terkenal Di Chanel Metiers d’Art Show 19/20

Kejayaan majlis ini menjadikannya berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan. Ini dapat mengukuhkan kedudukan Paris sebagai pusat seni dan fesyen dunia. Le Grand Dîner du Louvre bukanlah sekadar satu malam perayaan sahaja. Ia juga merupakan satu langkah penting dalam memastikan seni dan budaya terus dihargai dan dilestarikan.

Fesyen Selebriti Pilihan GLAM di Le Grand Dîner du Louvre: 

#1 Doechii

Doechii

Penyanyi Doechii di dalam persalinan fesyen jenama Valentino Couture.