Use your ← → (arrow) keys to browse
Swarovski perkenal koleksi dengan himpunan barang kemas dedikasi musim perayaan yang bakal menjelma. Kempen terbaru ini dimeriahkan dengan barisan selebriti tanah air yang cukup popular sebagai penghias kempen.
Ramadan kembali menjemput lagi, bulan penuh keberkatan dicirikan dengan kesyukuran yang tiada tandingannya. Bersempena meraikan musim ini, jenama popular Swarovski lancar kempen Ramadan yang merayakan keanggunan dan keistimewaan. Tambahan baharu diteruskan buat koleksi Idyllia dan Sublima, terinspirasi oleh keindahan serta keajaiban alam semula jadi. Kesenian teknikal dan savoir-faire direka bentuk yang nyata menghidupkan pancaran cahaya menawan, lantas menangkap intipati musim ini. Kempen kali ini juga mempersembahkan barisan selebriti seperti Scha Al-Yahya, Mawar Rashid, Mimi Lana, Elvina Mohamed, Sharifah Rose, dan Erysha Emyra menghiasi wajah hadapan dengan koleksi Swarovski yang eksklusif.
Ramadan Eksklusif: Kerlipan Sinar Cahaya Yang Abadi Dengan Koleksi Raya Dari Swarovski
1. Sublima
Raikan keindahan bulan dengan loket pavé dari koleksi Sublima yang memikat, dihiasi kristal bulat dalam lima saiz berbeza. Bulan sabit bernada emas menambah sentuhan elegan, mencipta kesan pavé yang mempesona. Perhiasan ini memperingati cahaya yang menyinari bulan Ramadan dengan penuh keanggunan.