Use your ← → (arrow) keys to browse
Dari istana ke karpet merah, sentuhan magis 10 maestro solek ini terus menjadi pilihan utama pengantin elit Malaysia, menggabungkan kemewahan tradisi dengan tren terkini untuk menghasilkan seni solekan perkahwinan yang memukau.
Kehalusan teknik, pengalaman mendalam dan karisma peribadi mereka menjadikan sentuhan artistik mereka sentiasa menjadi rebutan. Bukan sekadar pengantin biasa, tetapi turut menjadi pilihan istimewa kerabat diraja, selebriti dan sosialit ternama. GLAM membongkar rahsia 10 jurusolek elit yang telah mengangkat martabat industri solekan perkahwinan Malaysia ke tahap yang menakjubkan.
Sentuhan magis Khir Khalid kerap menjadi tular dan menjadi aspirasi kepada jurusolek generasi baru. Dalam dunia solekan dan kecantikan, namanya bergema dengan kewibawaan! Sesiapa yang telah “dikhirkhalidkan” pasti berseri-seri wajahnya dengan cahaya tersendiri! Baru-baru ini, kemahiran Khir terserlah apabila menyolek dua pengantin selebriti terkemuka – Mimi Lana dan Siti Saleha.