10 Penampilan Terbaik di 2025 SAG Awards - Glam Malaysia

10 Penampilan Terbaik di 2025 SAG Awards

Acara berprestij Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 telah berlangsung meriah, meraikan para penggiat dunia lakonan untuk tahun yang ke-31. Daripada Demi Moore sehingga ke Selena Gomez, kesemua yang hadir tampil menyerlah di dalam persalinan masing-masing.

Seperti Anugerah BAFTA, Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 juga mengumpulkan bintang TV dan filem bagi memberi penghormatan dengan acara penganugerahan mengikut kategori yang disenaraikan. Ketika musim anugerah menghampiri kemuncaknya, bintang Hollywood mempunyai peluang terakhir untuk membuat kenyataan fesyen di atas permaidani merah sebelum Oscar. Pada malam Anugerah SAG kali ini, momen karpet merah seperti biasa menjadi momen paling eksklusif dan amat dinanti-nantikan. Para A-listed selebriti menghadiri dengan busana dan gaya yang mencuri tumpuan, lantas menjadi bualan hangat di media sosial.

“Less is more” adalah pernyataan terbaik untuk dihurai buat tampilan para selebriti yang kelihatan cukup menawan. Walaupun sesetengah memilih ensembel gelap yang lebih dramatik, ada juga yang memilih rona dan material yang lebih cerah serta lembut untuk sentuhan penampilan yang segar. Demi Moore memukau dengan gaun serba hitam bermaterial kulit dari Bottega Veneta, manakala Zoe Saldaña kelihatan anggun dalam gaun baldu Saint Laurent. Sementara itu, Keke Palmer memadukan gaun vintage dari Chanel dan Ariana Grande memadankan busana dari Loewe dengan cemerlang. Quinta Brunson dan Millie Bobby Brown pula masing-masing memilih penampilan renda dan satin yang halus, menyuntik rasa lembut dan romantis.

See also
10 Wanita Yang Menggegarkan Dunia Fesyen

Momen karpet merah ini juga menampilkan kenyataan fesyen-fesyen yang berani seperti Cynthia Erivo dalam gaun Givenchy perak dari koleksi Haute Couture Fall-Winter 1997 dan Danielle Deadwyler yang memadukan gaun berstruktur custom Louis Vuitton. Turut diperlihatkan barisan pelakon lelaki seperti Andrew Scott, Tyler James Williams dan Jeremy Allen White, memperagakan gaya sut yang lebih longgar dan kasual. Manakala Timothée Chalamet tampil menyerlah dengan sut Chrome Hearts kulit yang diinjek esen berani dengan padanan aksesori tali leher. Kesemuanya nyata mempersonakan di momen eksklusif karpet merah Anugerah SAG 2025.

Senarai Selebriti Dengan Penampilan Terbaik Di Anugerah SAG 2025

1. Selena Gomez

2. Anna Sawai

3. Timothee Chalamet

4. Michelle Yeoh

5. Nicola Coughlan

6. Ariana Grande

7. Sofia Carson

8. Keke Palmer

9. Cynthia Erivo

10. Demi Moore

Artikel Berkaitan: Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024