8 Fakta Menarik Mengenai Neelofa dan Ameera Khan - Glam Malaysia

8 Fakta Menarik Mengenai Neelofa dan Ameera Khan

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kehidupan Neelofa dan Ameera Khan serta keluarga mereka selalu menjadi perhatian ramai, terutama dengan kemesraan yang jelas terpancar di antara mereka. Sebagai tiga beradik yang berjaya menempa nama di dunia hiburan, mereka bukan sahaja sering menghiasi muka depan majalah, malah juga mendapat perhatian jenama-jenama antarabangsa. Tetapi di sebalik populariti mereka, ada kisah unik yang membentuk hubungan erat mereka.

Berikut adalah 8 fakta menarik mengenai Neelofa dan Ameera Khan, serta kisah hidup mereka yang penuh dengan inspirasi.

Saling Bergurau dan Akrap Sejak Kecil


Kemesraan ketiga-tiga beradik ini jelas kelihatan di sesi penggambaran. Ketika sedang bersiap, mereka sering bersembang dan bergurau senda tanpa henti. Walaupun sudah mencapai kejayaan besar dalam kerjaya masing-masing, keakraban mereka tetap utuh, dengan perbualan yang riuh dan tidak terhenti.