Sartorial Splendour For Zeitgeist! 10 Jenama Activewear Yang Anda Mesti Miliki!
Sartorial Splendour is A Must! untuk memotivasikan diri anda bersenam. Belum terlambat untuk memulakan azam baru 2025 dalam gaya terbaik. Ia adalah simbol status, mewakili siapa pesona yang anda tampilkan dan selain menyuntik motivasi. GLAM kongsi 10 jenama gerobok aktif terbaik dipasaran masa kini.
ADANOLA
Jenama pakaian sukan ini dikatakan telah mendominasi Instagram dengan kempen yang memenuhi citarasa kini. Adanola segalanya mengenai “Everybody’s Everyday Uniform”. Jenama ini mula memasuki industri fesyen pada tahun 2015, namun telah berjaya memanfaat selesa kelompok Zeitgeist – fun, relaks dan vibenya bak gaya Puteri Diana. Untuk tahun ini, label asal United Kingdom memilih global It-girl Kendall Jenner sebagaia duta kempen!
Alo yang berpaksikan gaya hidup sihat dengan mengangkat yoga & wellness sebagai ethos jenamanya. Ditubuhkan pada tahun 2007 di Los Angeles oleh dua sahabat, Danny Harris dan Marco DeGeorge dengan niat untuk mencipta garis yang boleh dipakai oleh para peminat yoga bertujuan memberikan sensasi ‘elevate’. Selebriti seperti Hailey Bieber, Kendall Jenner dan Taylor Swift melonjakkan jenama itu ke jalanan gaya yang mencetuskan fenomena, membuktikan bahawa rekaan Alo tidak terhad kepada studio. Jenama ini adalah gaya hidup sebenar!
J.LINDEBERG
Sama ada anda seorang gadis golf atau hanya peminat pakaian berasaskan sukan, setiap helaian daripada jenama ini adalah ikonik. Dihasilkan daripada fabrik Micro High-Stretch, helaian ini sesuai untuk bermain golf, di bawah sinar matahari atau padankan dengan tali pinggang berona emas, anda bersedia untuk sesi temujanji makan tengahari atau ke pub.
SISTERLY TRIBE
Sisterly Tribe adalah jenama gaya hidup Scandinavia yang bertujuan untuk mencipta pengalaman”you will feel great in and about.” Paduan sempurna klasik minimalis bersama sisi feminine, rekaan yang elegan membuatkan anda mahu menggayakan tidak hanya di studio yoga.
ANINE BING
Jenama It-girl mesti ada? Ya! Topi besbol dengan logo bersulam.
LULULEMON
Lululemon adalah jenama pakaian aktif Kanada dikenali sejak tahun 90-an, namun ia kekal mendominasi selera penggemar fesyen. Teras jenama ini berakar umbi yoga, tetapi ia juga mempunyai beberapa pilihan yang sangat bergaya dan juga pilihan utama anda yang suka berlari.
LIVE THE PROCESS
Ditubuhkan pada 2013, label ini menjulang wellness sebagai ethos, yang menjanjikan “continual transformation—on an emotional, physical, intellectual and spiritual level”. Jenama ini tiada tandingan apabila ia datang kepada potongan bergaya dan kardigan garisan bersih, segalanya mengenai keindahan balletic.
VUORI
Diinspirasikan daripada gaya hidup aktif California, jenama ini memberikan perhatian untuk memberikan inspirasi menerusi slogan “live vibrant, healthy lives”. Dengan tumpuan pada prestasi dan inovasi, jenama ini komited untuk membangunkan fabrik baharu, beberapa daripadanya dihasilkan daripada bahan kitar semula.
TORY SPORT
Tory Sport adalah pilihan yang tepat jika anda gemarkan rekaan yang kemas dan preppy vibe. Garis grafik yang bersih, jalur minimalis dan chevron berimpak tinggi ditampilkan secara menyeluruh. Namun, dalam hal cetakan, penampilannya sangat dipertimbangkan dan nyaman pada kulit, dan setiap bahagian diselitkan dengan aura vintaj yang glamor.
THE UPSIDE DOWN
Jenama asal Australia ini menjadi buah hati pada segelintir peminat rekaan yang indah. Sebagai tindak balas kepada rasa tidak puas hati kerana sering kali merasakan rekaan pakaian yoga agak hambar dan terhad, pengasasnya Jodhi Meares telah mereka helaian yang meriah dan mewah, malah ia juga dijual pada harga mampu milik.
Artikel Berkaitan: Pickleball In Style: 5 Tips Bergaya Di Gelanggang, Sesuai Cuaca Di Malaysia!