Lancôme Raikan Ulangtahun Ke-90 Serba Meriah
Baru-baru ini, Lancôme meraikan Ulangtahun ke-90 dan juga sambutan Tahun Baru serba meriah di Pavilion Kuala Lumpur.
Sejak ditubuhkan pada 1935, Lancôme sentiasa memberi impak dalam industri kecantikan dengan barisan produk yang serba inovatif dan berkolaborasi artistik yang berani. Kisah perjalanan selama 90 tahun ini, Lancôme membuka lembaran baharu yang mengukir sejarah tersendiri dengan lebih mengagumkan. Tahun 2025 adalah petanda ia satu dekad di mana warisan kecantikan bertemu imaginasi kreatif. Setiap produk Lancôme bukan sekadar kosmetik, malah ia adalah cerita tentang keberanian, keindahan, dan semangat pembaharuan yang tidak pernah padam.
Sempena meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru, Lancôme mengambil semangat kebangkitan musim bunga. Ia bukan sekadar perjalanan masa, sebaliknya merupakan manifesto tentang kecantikan yang sentiasa berkembang dan tidak terikat dengan batasan konvensional. Tahun ini bertemakan ‘Ignite The Power of The Rose’, Lancôme berkolaborasi bersama Cai Guo-Qiang, artis antarabangsa yang menzahirkan karya seni Paris Rose cukup menakjubkan. Seperti metafora yang melambangkan kebangkitan dan harapan.
Menerusi teknologi kecerdasan buatan cAI™, sebuah karya seni gunpowder yang memukau telah tercipta, menggambarkan mawar Lancôme yang menembusi landskap sejuk musim dingin. Setiap sentuhan menggambarkan kekuatan pembaharuan, dengan warna merah jambu ikonik jenama meledak dengan penuh keberanian. Turut bersama, barisan produk istimewa khas untuk Tahun Baru seperti Génifique Ultimate Serum 115ML, Absolue Soft Cream 60ML dan L’Absolu Rouge Drama Matte yang hadir dengan kod warna baharu iaitu 399 Haute en Pink yang menawan yang diperkayakan dengan ekstrak Grand Rose dan Ceramides.
Artikel berkaitan Wajah Baharu Lancôme , Olivia Rodrigo
Alami kemeriahan Tahun Baru Cina serba interaktif bersama Lancôme di Podium, Pavilion Kuala Lumpur bermula 8 Januari hingga 16 Februari 2025. Juga terdapat pelbagai aktiviti menarik sedia menanti anda seperti aktiviti seni kuku, sesi foto, dan pelbagai cabutan bertuah.