Selera Fesyen Melania Trump Raih Publisiti Pereka Fesyen Bebas - Glam Malaysia

Selera Fesyen Melania Trump Raih Publisiti Pereka Fesyen Bebas

Inauguration Day atau Hari Perasmian sering dilihat sebagai a kind of fashion theater dimata radar fesyen antarabangsa. Ia melambangkan keluarnya satu pentadbiran dan keahlian baru, serta memberi kita gambaran pertama tentang kod visual yang berbeza yang akan mewakili jawatan presiden baharu. Berlangsung dengan penuh prestij, lensa GLAM tertumpu pada gaya yang ditampilkan oleh American First Lady! Melania Trump, yang telah mendorong banyak perhatian di media sosial menerusi seleksi pakaian dan juga aksesorinya.

Persalinan dengan potongan sharp tailored ini direka oleh Pereka New York Adam Lippes. Kot wool yang dipadankan bersama skirt pensil wool dan blaus crepe sutera gading. Untuk aksesori, Trump memilih topi flat-brimmed rekaan Eric Javitz, juga berpangkalan di New York.

Lippes bukan pereka yang asing, Namanya terkenal di kota New York dan dia pernah berkerja dengan Ralph Lauren, berkhidmat sebagai orang kanan Oscar de la Renta, dan melancarkan label eponimnya pada tahun 2013. Reka bentuknya kemas dan canggih, seni tailored ringkas dimana jaket disesuaikan dengan seluar jeans kaki lebar atau seluar kargo berpotongan, siluet feminin dengan draping Yunani atau potongan sensual, dan bahagian atas dan blaus bertekstur dengan butiran seperti manik mutiara dan labuci. “Tradisi Inauguration Day merangkumi keindahan demokrasi Amerika, dan hari ini kami mendapat penghormatan untuk menata gaya  wanita pertama, Melania Trump dan saya sangat berbangga untuk menunjukkannya kepada dunia.”

Pereka Fesyen Adam Lippes

Walaupun Melania telah diketahui menggemari rumah mewah Eropah, pilihan rekaan oleh Lippes adalah menandakan permulaan baru yang bertujuan untuk menyokong jenama Amerika dan label bebas. Malah,Wanita Pertama penah muncul dengan mengenakan sentuhan pereka New York ini sekitar tahun 2018 ke hospital di Palm Beach. . Dia juga menyatakan pendirian untuk menyokong label buatan Amerika, Markaria dan pilihan Trump pada Lippes mungkin menandakan perubahan dalam mesej kod gayanya disaat kontroversi semasa penggal pertama suaminya. Gaya Wanita Pertama pada hari perasmian menjadi penanda aras dan Lippes turut mendapat tempias!

See also
Selebrasi Musim Panas, Kate Spade New York Sambut Koleksi Penuh Warna

Artikel Berkaitan:10 Gaya Ikonik Melania Trump Sebagai First Lady