Selebriti Thailand Gayakan Koleksi Gentle Monster Jewelry
Selebriti Thailand Gayakan Koleksi Gentle Monster Jewelry

Selebriti Thailand Gayakan Koleksi Gentle Monster Jewelry

Jenama aksesori yang cukup sinonim dengan inovasi dan gaya kontemporari, Gentle Monster kembali dengan koleksi baru, Gentle Monster Jewelry. 

Koleksi ini semstinya bakal memikat hati ramai, lebih lagi golongan Gen Z yang meminati fesyen. Dalam koleksi yang bakal dilancarkan pada 10 Januari 2025, jenama Korea Selatan ini muncul dengan koleksi Gentle Monster Jewelry yang berjaya menarik perhatian ramai apabila ia digayakan oleh selebriti terkenal Thailand. Koleksi ini menggabungkan estetika futuristik dan keanggunan minimalis, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen masa kini. Selebriti Thailand seperti Win Metawin, ikon fesyen Tontawan ahli kumpulan BUS, AA dan ramai lagi memuat naik gambar mereka bersama koleksi terbaru Gentle Monster Jewelry ini dan menjadi bualan ramai. 

Selebriti Thailand yang terkenal dengan citarasa fesyen mereka yang unik menjadi antara yang pertama merasmikan  perhiasan Gentle Monster ini. Dengan pengaruh besar mereka di dalam dan luar negara, kolaborasi ini berjaya meletakkan koleksi tersebut sebagai perbualan hangat di kalangan peminat fesyen dan pencinta seni. Penampilan mereka membawa elemen yang segar dan berani, selaras dengan falsafah jenama ini. Koleksi ini merangkumi enam cermin mata yang dihiasi intan berlian dan mutiara, memberi efek estetika yang maksimum.

See also
5 Gaya Pasangan Manis Olivia Rodrigo Dan Louis Partridge

Koleksi Gentle Monster Jewelry bukan sekadar aksesori tetapi juga lambang ekspresi diri. Direka untuk mereka yang ingin memecahkan sempadan gaya konvensional, perhiasan ini menjadi medium untuk menyerlahkan keperibadian dan kreativiti. Dengan kepelbagaian dan penggunaan elemen batu berlian, Gentle Monster berjaya mencipta satu trend baru yang menjanjikan lebih banyak evolusi dalam dunia fesyen dan aksesori.

#1 Tontawan

GENTLE MONSTER JEWELRY

#2 Win Metawin

GENTLE MONSTER JEWELRY

#3 Tay Tawan

Image

#4 AA BUS

Image

#5 Baipor Thitiya

GENTLE MONSTER JEWELRY

 

#6 Fourth Nattawat

Image

#7 Gun Atthaphan

GENTLE MONSTER

#8 Ling Ling Kwong

Image

#9 June Plearnpichaya

GENTLE MONSTER

#10 Nanon

GENTLE MONSTER JEWELRY

Cermin mata merupakan salah satu item fesyen yang semakin hari, semakin disukai ramai. Lebih-lebih lagi dengan keunikkan Gentle Monster yang sememangnya terkenal dengan konsep mereka yang lain daripada yang lain. Selain daripada koleksi Gentle Monster Jewelry ini, mereka juga baru-baru ini berkolaborasi dengan permainan video Tekken untuk koleksi cermin mata yang unik.

Artikel Berkaitan: Golden Globes 2025: 10 Selebriti Wanita Tampil Anggun