Sambutan Krismas Paling 'Chill', Ini 5 Destinasi Wajib Singgah

Sambutan Krismas Penuh Magis, Ini 5 Destinasi Paling ‘Chill’ Di Malaysia

Walaupun Malaysia tiada salji, suasana sambutan perayaan hari Krismas tetap meriah dengan cara tersendiri!

Sama ada anda inginkan percutian sejuk atau suasana penuh cahaya, ini lima destinasi terbaik untuk sambutan Krismas lebih bermakna dengan orang yang tersayang.

1. Cameron Highlands

Kredit foto: Agoda

Nak rasa macam bercuti di Eropah? Cameron Highlands adalah pilihan yang sempurna! Udara sejuk, ladang teh hijau dan strawberi segar menjadikan suasana Krismas di sini lebih seronok. Nikmati minuman teh panas sambil melihat pemandangan yang indah sememangnya sangat syok!

2. Pulau Pinang

Pulau Pinang menyatukan budaya dan kemeriahan Krismas. George Town dihiasi lampu-lampu cantik dan membeli belah di Christmas Market di Straits Quay yang banyak menjual barangan unik. Jangan lupa juga untuk makan malam Krismas di restoran atas bumbung sambil menikmati pemandangan laut.

3. Kuala Lumpur

Kredit foto: Buro

Kuala Lumpur tidak pernah mengecewakan bila tiba musim perayaan! Pusat beli-belah seperti Pavillion KL dan Suria KLCC bersaing dengan hiasan Krismas yang gah, sesuai untuk gambar Instagram anda. Bukit Bintang pula meriah dengan lampu-lampu, menjadikannya lokasi wajib untuk berjalan-jalan dan membeli-belah.

See also
Johnny Depp Diboikot Hollywood?

4. Melaka

Di Melaka, sambutan Krismas terasa lebih istimewa. Jonker Street dipenuhi dengan dekorasi meriah, manakala pelayaran di sungai Melaka menjadikannya pengalaman romantik dengan lampu-lampu berwarna-warni. Jangan lupa singgah di Perkampungan Portugis di mana lampu Krismas di sini memang luar biasa!

5. Genting Highlands

Kredit foto: Resort World Genting

Untuk sambutan hari Krismas di atas awan, Genting Highlands adalah tempatnya! Udara sejuk dan Resorts World Genting yang penuh dengan hiasan Krismas menjadikan percutian ini cukup istimewa. Dari pasar Krismas hingga taman tema yang menyeronokkan, pasti memberikannya pengalaman yang seronok buat semua.

Jadi, tunggu apa lagi? Pilih destinasi anda dan nikmati percutian sambutan hari Krismas yang penuh keriangan di Malaysia!

Artikel Berkaitan: 7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas