Rekaan Radikal Samuel Ross Buat Jam Tangan Hublot - Glam Malaysia
Big Bang Tourbillon Carbon SR_A

Rekaan Radikal Samuel Ross Buat Jam Tangan Hublot

Edisi terkini Big Bang Tourbillon Carbon SR_A oleh Samuel Ross mencerminkan nilai evolusi yang menjadi DNA utama Hublot.

Selama 44 tahun, Hublot tidak henti berinovasi, melangkau sempadan teknikal dan estetik setiap jam tangan keluarannya. Keseimbangan halus antara kepakaran pembuatan jam tangan dan visi masa depan, jam tangan mereka adalah kontemporari yang menakjubkan. Kejayaan ini telah dijayakan dengan penyelidikan canggih dalam bahan dan kerjasama dengan beberapa artis serta pereka terkemuka dunia termasuklah Samuel Ross. Dia ini mempunyai prestasi yang menakjubkan menggabungkan kedua-dua aspek ini. Maka terciptalah Big Bang Tourbillon Carbon SR_A by Samuel Ross.

Big Bang Tourbillon Carbon SR_A

Pada tahun 2020, bagi meraikan ulang tahun ke-40 pembuat jam, artis itu melancarkan arca REFORM, yang mengilhamkan reka bentuk Big Bang Tourbillon Samuel Ross. Ia adalah kerjasama pertama antara Samuel Ross dan Hublot. Model ini menjadi simbol kecintaan artis terhadap warna dan geometri. Terutamanya berkongsi nilai keunikan pada pemilihan material yang menjadi tiang utama kepada Hublot.

See also
Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel

Big Bang Tourbillon Carbon SR_A

Karya ini membawa kepada Big Bang Tourbillon Carbon SR_A oleh Samuel Ross yang diperkenalkan semasa Miami Art Week. Setelah bekerja dengan warna oren dan hijau, artis memilih untuk mentakrifkan semula bahan yang digunakan, sambil memperkenalkan variasi kromatik baharu berdasarkan variasi warna biru. Jam tangan ini kekal dengan size diameter 44 mm dan bekasnya pula digubah dalam reka bentuk indung madu berona kelabu. Bezel jam diberikan dua kemasan berbeza yakni kemasan satin pada atas dan rekaan microblasted pada sisi. Hanya ada 50 utas jam tangan dihasilkan dan setiapnya dihadirkan bersama kotak istimewa.

Artikel Berkaitan: Hublot Pencetus Revolusi Ketukangan Jam Tangan Hebat