Jenama Kecantikan Yang Dimiliki Selebriti Wanita
Jenama Kecantikan Yang Dimiliki Selebriti Wanita

Produk Kecantikan Milik Selebriti Wanita yang Wajib Anda Ketahui

Di dalam dunia kecantikan, semakin ramai selebriti wanita mengambil langkah berani untuk mencipta jenama kecantikan mereka sendiri.

Dengan pengalaman peribadi dan pengaruh mereka dalam industri hiburan, selebriti ini berjaya menggabungkan kreativiti, inovasi, dan visi unik untuk menghasilkan rangkaian produk yang memenuhi keperluan peminat di seluruh dunia. Jenama-jenama ini bukan sahaja menawarkan produk berkualiti tinggi, tetapi juga membawa mesej yang memberi inspirasi seperti keyakinan diri serta keaslian. Berikut adalah beberapa jenama kecantikan yang dimiliki selebriti wanita yang telah mencipta fenomena dalam industri kecantikan global.

#1 Fenty Beauty – Rihanna

Dilancarkan pada 8 September 2017, Fenty Beauty ialah jenama kecantikan oleh penyanyi Rihanna. Jenama ini terkenal kerana keluasannya yang merangkumi pelbagai tona kulit, dengan produk asas Pro Filt’R yang menjadi permintaan tinggi sejak pelancaran pertama. Pelancaran asal produk asas ini merangkumi 40 rona, dan kini telah berkembang kepada 50 rona. Produk concealer Fenty Beauty pula menawarkan 50 rona, menyediakan pelbagai pilihan untuk semua jenis kulit.

See also
Baby Blush Milik Ameera Khan 'Sold Out' Kurang 2 Jam

Fenty Beauty

#2 Rare Beauty – Selena Gomes

Dimiliki dan diasaskan oleh Selena Gomes, Rare Beauty diinspirasikan oleh album studio ketiganya, Rare (2020). Rare Beauty dilancarkan pada 3 September 2020, secara eksklusif melalui laman web rasmi mereka dan Sephora. Sejak itu, produk jenama ini telah tersedia di negara-negara di Eropah, Asia, dan Timur Tengah. Produk seperti pemerah pipi krim dan pengilat bibirnya sangat terkenal dan menjadi kesukaan orang ramai.

rare beauty

#3 R.E.M – Ariana Grande

R.E.M. Beauty ialah jenama kecantikan yang dimiliki oleh penyanyi dan pelakon Ariana Grande. Pelakon filem Wicked ini melancarkan jenamanya pada 2 November 2021. Pada Ogos 2021, beberapa papan iklan muncul di Times Square, New York City, dengan mesej “r.e.m. coming soon.” Ariana kemudian mendedahkan bahawa rangkaian kecantikannya “secara rasmi sedang dalam perjalanan.” Koleksi pertamanya dinamakan: Chapter 1: Ultraviolet. Nama syarikat ini diilhamkan oleh salah satu lagu Grande, “R.E.M.”, yang dilancarkan pada tahun 2018.

jenama kecantikan

#4 Kylie Cosmetics – Kylie Jenner

Kylie Cosmetics,  ialah syarikat kosmetik Amerika yang diasaskan oleh Kylie Jenner. Pada awalnya, jenama ini mula menjual Kylie Lip Kits, satu set gincu cecair dan pensel bibir, pada 30 November 2015. Dahulunya dikenali sebagai Lip Kit by Kylie, syarikat ini dinamakan semula sebagai Kylie Cosmetics pada tahun 2016. Kylie telah menggunakan rasa tidak yakin terhadap saiz bibirnya sebagai inspirasi untuk jenama ini. Katanya, “Ini adalah perkara paling autentik yang pernah saya lakukan dalam kerjaya saya.” Ramai yang mengaitkan kejayaan jenama ini dengan bibir Jenner yang telah diubah secara kosmetik.

See also
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama

jenama kecantikan

#5 Rhode Skin – Hailey Bieber

Dimiliki oleh model dan pelakon Hailey Bieber, Rhode Skin dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2022. Dalam hantaran Instagram pada 7 April, Hailey Bieber mendedahkan logo dan identiti visual untuk jenama tersebut dengan siri poster dan mengesahkan bahawa Rhode akan dilancarkan pada Jun 2022. Terkenal dengan produk bibirnya serta sarung telefon yang tular, Rhode Skin juga salah satu jenama kecantikan yang disukai ramai sekarang.

jenama kecantikan

#6 GLYF – Jeon Somi

GLYF merupakan jenama kecantikan K-beauty yang dicipta oleh bintang K-pop, Jeon Somi. Nama jenama ini merujuk kepada glyph purba, yang masing-masing mempunyai bentuk dan cerita unik. Produk GLYF direka untuk membantu orang menonjolkan kecantikan semula jadi mereka dan menggalakkan ekspresi diri. Antara produk mereka yang terkenal ialah pimple patches dengan pelbagai bentuk yang comel. Selain itu, highlighter GLYF yang boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi wajah anda.

jenama kecantikan

Artikel Berkaitan: 6 Gincu Tona Beri Untuk Musim Sejuk Pilihan GLAM