Minimalisme Radikal Balenciaga "The Zero" Koleksi 2025 - Glam Malaysia

Minimalisme Radikal Balenciaga “The Zero” Koleksi 2025

Cetusan revolusi fesyen Balenciaga melangkah kedepan dengan rekaan seaakan tidak memakai kasut, The Zero simbol gaya futuristik. 

Seperti biasa Balenciaga akan terus mereka pelbagai fesyen yang melangkaui batas. The Zero, kasut inovatif yang hampir keseluruhan kaki dibiarkan terbuka. Rekaan yang tidak tergolong sepenuhnya sebagai selipar, sandal menjadikan gabungan unik dengan sentuhan gorpcore yang berani. Beini Qian dan Adrian Perrot Garin, pereka kasut Balenciaga yang memaparkan cetakan anatomi kaki pada bahagian tapak luar dan dalam kasut. Logo jenama Balenciaga tercetak di bahagian sisi medial ibu jari kaki. Diperlihatkan dalam pelbagai warna neutral termasuk hitam, putih, perang cerah, dan coklat.

The Zero Langkah Minimalis, Gaya Maksimalis

The zero

Direka dengan material tapak ultraringan hasil acuan 3D, The Zero menawarkan pengalaman hampir berkaki ayam. Kaki dikekalkan pada tempatnya melalui bahagian tumit bulat dan penutup ibu jari kaki, tetapi hampir semua bahagian lain dibiarkan terbuka. Dalam koleksi kasut, pilihan untuk musim luruh termasuk loafers dengan efek lusuh, sneakers bertumit tinggi, dan kolaborasi bersama pakar ortopedik Scholl. Namun, The Zero ini yang paling mencuri perhatian di internet adalah kasut uniseks minimalis yang hampir tidak kelihatan. Gayakan dengan stoking jenis tabi-toe untuk memisahkan ibu jari kaki daripada jari-jari lain.

See also
Eksklusif: Backstage Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016
The zero The zero The zero

Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia yang memperkenalkan ciptaan kasut terbaharunya untuk Koleksi Musim Luruh 2025 termasuk Towel Skirt bernilai $1,800, gelang pita pelekat, dan beg sampah yang diubah menjadi tote mewah. Kasut 3D ini sepenuhnya diperbuat daripada buih EVA, menjadikannya lebih seperti tapak nipis yang boleh dipakai daripada sepasang kasut biasa. DNA Balenciaga terus terpampang dengan ciptaan footwear seperti ini. Kekal meneguhkan identiti Balenciaga sebagai jenama yang berani mencabar konvensi dan mendefinisikan semula sempadan fesyen moden. Sama ada dipuji atau dikecam, satu perkara yang pasti Balenciaga tidak pernah gagal mencuri perhatian dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Balenciaga (@balenciaga)