Face Taping Pengganti Botox?

Face Taping Solusi Kedutan Tanpa Botox?

Meskipun penuaan semakin diterima secara positif, tetapi masih banyak mencari cara untuk menjaga kulit agar kelihatan segar dan muda.

Sebelum tidur, anda mempersiapkan diri dengan memberus gigi, membersihkan kulit dan memakai pelembap kulit. Tapi, adakah anda terlupa untuk β€œtape” wajah? Menurut pakar kulit wajah selebriti, Guendalina Gennari, yang pernah bekerja dengan bintang terkenal seperti Anne Hathaway dan Rosie Huntington-Whiteley, face taping adalah cara untuk kulit bebas dari garis halus dan kedutan.

“Saya telah menggunakan tape untuk mengatasi garis nasolabial dan dahi saya,” kongsi Gennari di Instagram. β€œSebagai orang yang tidur mengiring, saya dulu bangun dengan garis mendalam di sebelah kiri wajah, dan face taping membantu saya.”

Apakah Face Taping?

Face taping adalah teknik yang berasal dari Jepun pada tahun 70-an, diperkenalkan oleh ahli kiropraktor Dr. Kenzo Kase. Pada mulanya, tape digunakan untuk menyokong otot badan yang cedera dan mengurangkan kesakitan. Teknik ini juga membantu meningkatkan peredaran darah.

See also
Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop

Memetik laporan Vogue, Gennari berkata “Kulit kita melekat terus pada otot muka. Apabila tape digunakan dengan betul, ia membantu mengangkat kulit dan membenarkan oksigen serta nutrien mengalir ke bawah kulit, mengurangkan bengkak dan melembutkan garis.” Tape juga membantu otot muka berehat, dan jika digunakan semalaman, kulit akan kelihatan lebih cerah dan terkontur pada waktu pagi.

Bagaimana Face Taping Kurangkan Garis Halus?

Face taping dianggap sebagai alternatif kepada rawatan klinikal seperti penggunaan retinoid atau terapi laser. Gennari menerangkan, “Jika digunakan secara konsisten, face taping boleh membantu mencegah atau melembutkan garis halus. Seiring dengan penuaan, otot kita menjadi pendek, menyebabkan kulit berkedut. Tape membantu mengekalkan struktur otot.” Teknik ini sangat berguna untuk mereka yang tidur mengiring.

Namun, penting untuk diingat bahawa face taping tidak akan menghapuskan garis halus yang dalam, tetapi ia boleh menjadi cara pencegahan yang baik bagi mereka yang baru mula melihat perubahan tekstur kulit akibat penurunan kolagen.

Cara Memakai Face Taping

@ariellelorrehow I face tape at night πŸŒ™πŸ©Ήβ™¬ original sound – Arielle Lorre

Untuk menggunakan tape, pastikan ia mengikut arah sistem limfa dan struktur otot. Antara kawasan utama yang boleh dipasangkan tape adalah pada garis nasolabial, sudut luar mata, tulang pipi, dan kedua-dua sisi dahi. Jangan tarik tape terlalu ketat kerana ia boleh memberi tekanan pada otot dan menyebabkan kerosakan pada kulit.

See also
Kylie Jenner Mengumumkan Kolaborasi Kim Kardashian West x Kylie Cosmetics

Jenis Tape Terbaik

Walaupun idea untuk melekatkan tape pada wajah mungkin tidak begitu menarik, pilihan tape yang tepat dapat membuatkan proses ini lebih selesa. Gunakan kinesiology tape yang direka untuk kanak-kanak atau kulit sensitif. “Gam pada tape ini lebih lembut dan lebih mudah bernafas,” kata Gennari, yang turut mempunyai kulit sensitif.

Artikel Berkaitan:Β Maretinol Oil Kurangkan Masalah Kedutan Halus