Pengalaman Luar Biasa: RE x Samsung Experiential Networking - Glam Malaysia

Pengalaman Luar Biasa: RE x Samsung Experiential Networking

Glasshouse Seputeh telah berubah menjadi pusat kreativiti dan inovasi untuk sesi eksklusif RE x Samsung Experiential Networking.

Pastinya majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh popular, usahawan, pemimpin industri dan bakat kreatif untuk merasai gabungan teknologi dan seni dalam suasana unik. Antara yang hadir di acara RE x Samsung Experiential Networking seperti Khadija Meor, Rasyiqah Johan, Julia Farhana Marin, Vanizha dan ramai lagi.

Seawal jam empat petang, pengacara popular Keanu Azman membuka majlis dengan memperkenalkan activation yang ada sepanjang acara. Tetamu juga dapat mencuba dan merasai pengalamn menggunakan Samsung Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6.

Para tetamu menikmati pelbagai aktivasi yang disusun khas untuk menonjolkan kecanggihan teknologi Samsung sambil menggalakkan interaksi bermakna:

  • GLAM V.”AI”.P Wall: Tarikan utama acara ini menawarkan sentuhan peribadi apabila potret tetamu ditransformasikan menjadi karya seni digital AI. Hasilnya dipamerkan pada skrin LED yang elegan, menambah elemen futuristik dan canggih kepada pengalaman tetamu yang teruja mencari gambar A.I mereka sendiri.
  • BAZAAR Expression Lounge: Ruang kreatif yang menggalakkan ekspresi diri, di mana tetamu boleh menghasilkan rekaan peribadi dan menukarkannya kepada cenderahati seperti poskad. Stesen interaktif ini, yang diperkasakan oleh teknologi canggih Samsung, membolehkan tetamu menggabungkan bakat seni mereka dengan inovasi teknologi.
  • EH! Beauty Circle: Bekerjasama dengan Handmade Heroes, tetamu menerima sampel produk kecantikan tempatan yang menarik. Mereka juga dijemput untuk menangkap gambar produk yang menarik ini dan menggunakan alatan lakaran digital untuk memperibadikan imej mereka, mencipta pengalaman kecantikan yang menyeronokkan dan bermakna.Samsung
  • GLAM LELAKI #GLWHO?: Aktivasi yang penuh permainan, di mana tetamu menerokai “watak AI” mereka melalui kuiz personaliti interaktif. Potret tetamu yang dirakam menggunakan Samsung Z Fold6 kemudiannya ditukar kepada imej AI yang direka khas, menonjolkan keupayaan teknologi canggih Samsung.
  • ICON Social Affair: Gabungan Elegan Aktiviti & Perbualan Menarik: Bertujuan untuk menghubungkan individu melalui aktivasi menarik dan perbualan bermakna. Pada acara kali ini, suasanadimeriahkan lagi dengan kehadiran kaunter HWC Coffee, memberikan tetamu pengalaman yang menyeronokkan sambil menikmati pilihan minuman kopi. Sebuah ruang yang sempurna untuk bersantai, berbincang, dan membina hubungan baru dalam suasana eksklusif.
See also
Coachella 2024: Momen Terbaik Minggu Pertama

 

Sesi AI Talk Sessions menjadi tumpuan utama, menyampaikan perbincangan yang penuh wawasan mengenai topik: “Harnessing the Power of AI on Mobile Devices.” Sesi ini membincangkan bagaimana AI telah mengubah interaksi harian dengan peranti mudah alih, memperkasakan kreativiti, meningkatkan produktiviti, dan mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dalam kehidupan peribadi dan profesional. Acara ini berlangsung dengan penuh semangat, di mana tetamu berinteraksi, meneroka aktivasi, dan merasai sendiri bagaimana teknologi boleh meningkatkan kreativiti dan pengalaman peribadi. Ia bukan sahaja sesi networking, malah satu perayaan inovasi dan seni. Antara panel yang berkongsi pandangan adalah Nelissa Hilman, Sid Murshid, Kai Zen Au dan Dhan Illiani serta diserikan oleh Keanu Azman sebagai moderator perbincangan tersebut.

Apabila acara menghampiri penghujungnya, para tetamu berpeluang untuk terus berinteraksi dan memperkukuh hubungan yang terjalin sepanjang hari. Bagi yang ingin menghidupkan semula keseronokan, aktivasi-aktivasi menarik masih dibuka untuk dinikmati sekali lagi, membolehkan pengalaman mendalam dan eksplorasi aktiviti dengan lebih dekat. Cara ini memberikan penutup yang penuh bermakna, meninggalkan kesan mendalam terhadap kreativiti dan kolaborasi yang tercipta.

See also
Jisoo Akhirnya Umum Lancar Album Solo, Peminat K-Pop Seluruh Dunia Teruja!

Sebelum pulang, para tetamu akan menerima hadiah eksklusif berupa produk daripada Handmade Heroes—satu tanda penghargaan istimewa untuk mengabadikan kenangan acara ini. Isyarat mesra ini memastikan setiap tetamu pulang bukan sahaja dengan memori indah tetapi juga kenangan fizikal dari pengalaman yang benar-benar luar biasa.

 

Artikel Berkaitan: Samsung Pupuk Semangat Dengan ‘Solve for Tomorrow’ 2024