Equatorial Group & ONYX Hospitality Group Bangunkan EQ Phuket

EQ Phuket: Kerjasama Malaysia & Thailand Telan Belanja RM321.42 Juta

Berita gembira buat pencinta percutian dan penginapan mewah iaitu pembangunan EQ Phuket, kerjasama antara Malaysia dan Thailand!

Equatorial Group mengumumkan kerjasama strategik dengan ONYX Hospitality Group, syarikat pengurusan hotel terkemuka dari Thailand, untuk membangunkan EQ Phuket, sebuah projek hospitaliti mewah yang dijangka membuka pintunya pada tahun 2028. Terletak di destinasi pelancongan terkenal di Thailand, Kata Beach di Phuket, projek ini pasti akan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

EQ Phuket, kerjasama Malaysia dan Thailand

EQ Phuket akan menampilkan 180 unit yang luas dan selesa, direka oleh arkitek terkemuka di Asia. Menggabungkan pemandangan bukit yang menenangkan dan akses terus ke pantai, resort ini menawarkan pengalaman yang unik berbanding resort lain di Phuket. Para tetamu boleh menikmati pelbagai kemudahan bertaraf dunia, termasuk restoran dan hiburan yang menyeronokkan.

Projek yang dianggarkan menelan kos pelaburan sebanyak 2.5 bilion Baht (RM321.42 juta) ini juga menekankan prinsip kelestarian, dengan reka bentuk bangunan yang mengharmonikan alam sekitar serta memastikan pokok-pokok besar yang ada dipelihara. Bahkan, 50% daripada keseluruhan kawasan akan dikhaskan untuk ruang hijau.

See also
Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records

Kerjasama ini adalah satu lagi pencapaian penting untuk kedua-dua syarikat, menggabungkan kekuatan Equatorial Group yang sudah terkenal dengan jenama EQ di Kuala Lumpur dan ONYX yang memiliki portfolio hotel berprestij seperti Amari, OZO, dan Shama.

Mengulas mengenai projek ini, CEO Equatorial Group, Donald Lim berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman luar biasa dengan sentuhan Asia, dan kerjasama ini dengan ONYX adalah langkah yang tepat untuk kami mengembangkan lagi jenama EQ.”

Bagi Yuthachai Charanachitta, CEO ONYX Hospitality, kerjasama ini adalah satu langkah besar dalam strategi pengembangan mereka. “Dengan lokasi yang unik dan kemudahan kelas pertama, EQ Phuket akan menjadi destinasi yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

EQ Phuket bukan hanya akan mengubah landskap hospitaliti di Phuket, tetapi juga menjadi mercu tanda baru dalam industri pelancongan Thailand. Dengan gabungan kemewahan, kelestarian, dan pengalaman tetamu yang luar biasa, resort ini dijangka menjadi destinasi idaman bagi pelancong yang mencari keunikan dan ketenangan.

Artikel Berkaitan: Hidangan Mewah Tahun Baru Di The RuMa Hotel and Residences

See also
Magis Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza