GLAM Junior : Baby Shower Anak Sulung Nabila Razali
Letupan belon mengejutkan ruangan penuh warna biru. Jejak baharu yang menyempurkan hidup Nabila Razali dan suami dengan kehadiran si kecil.
Kandungan sudah mencecah lapan bulan. Dijangka menimang cahaya mata pada Januari 2025, baru-baru ini mengadakan majlis doa selamat yang turut disertai dengan acara ‘gender reveal’, di mana beliau berkongsi berita gembira tentang jantina bayi yang bakal lahir. It’s a boy! Momen indah yang penuh debaran saat mengetahui seorang ibu dan ayah akan menyambut kelahiran anak sulung mereka. Tahniah disucapkan buat Nabila Razali dan suami, Nik Iruwan. Tatapan penuh cinta dari sepasang mata yang disulami dengan titsan air mata meilhat putera kecil mereka tidak lama lagi.
Bahagia Menanti Nabila dan Nik Iruwan Dengan Kehadiran Putera Kecil
Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr.’ malam semalam. 🤍 Sekarang dah tahu gender, bolehlah korang get ready hadiah utk baby pula! Eeeh 😜 Sebenarnya, Bella pun dah tak sabar nak shopping barang baby.
Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, yang melangsungkan perkahwinan pada November 2023, baru-baru ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan pertama mereka. Pengumuman tersebut dibuat pada awal Oktober lalu, menandakan permulaan babak baharu dalam kehidupan pasangan bahagia ini.
Dalam video yang dikongsikan, Nabila dan Nik Iruwan tampil serasi mengenakan pakaian sedondon berwarna putih. Momen penuh senyum dan tawa membuat kedua wajah pasangan tampak begitu teruja dengan kejutan ‘gender reveal’. Manakal, Bella dan suami memberi ‘hint’ nama si kecil, Muhammad.
Terlihat acara majlis yang diadakan di kediaman mereka di Rawang yang turut dimeriahi bersama keluarga serta rakan artis. Malah, pada Khamis lalu, Nabila tampil mempersembahkan lagu Tangis ciptaan Naim Daniel dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) yang diadakan di Studio 1 Glenmarie. Meskipun tidak berjaya melayakkan diri ke pentas final Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), persembahannya tetap menerima pujian kerana mampu mengawal vokal dengan baik walaupun sedang sarat hamil.
Artikel Berkaitan: Kenali Davina Karamoy Pelakon Kontroversi Dalam Ipar Adalah Maut