Ikuti Gaya Pempengaruh Fesyen Dari Korea Selatan

5 Pempengaruh Fesyen Dari Korea Selatan Yang Berbaloi Tekan ‘Follow’ Di Instagram

Korea bukan sahaja terkenal sebagai trendsetter dalam dunia hiburan, malah dalam dunia fesyen. Jika anda mencari inspirasi fesyen yang menarik, ikuti lima pempengaruh Korea Selatan di Instagram untuk gaya yang lebih anggun dan trendy.

Pempengaruh fesyen dari Korea Selatan

Chailee Son, @chaileeson

Chailee Son, seorang pempengaruh dan model berasal dari Korea Selatan yang gemar berkongsi gambar-gambar percutian, busana yang cantik, dan gaya hidup yang mempesona. Dia juga memiliki jenama pakaian sendiri, Chailee the Label, yang mencerminkan gaya chic dan sensasi dirinya. Laman Instagram miliknya seperti pasport yang membawa anda mengelilingi dunia, dari jalanan romantik di Paris, pantai di Australia, pulau-pulau di Filipina, hingga ke bandar-bandar sibuk di Amerika Syarikat.

Irene Kim, @ireneisgood

Irene Kim adalah seorang model dan pempengaruh Korea yang berada di Amerika Syarikat. Fesyenista kelahiran Korea Selatan ini berjaya mencuri perhatian orang ramai, dari berjalan di atas pentas peragaan sehingga memuat naik gaya berpakaian di laman sosial. Irene terkenal dengan gaya yang edgy, eklektik, dan eksperimen dalam fesyen, serta gaya pakaian gadis Korea. Daripada set tweed klasik Korea dan skirt mini kepada korset moden yang edgy dan gaun yang ramping, laman Instagramnya seperti sebuah pertunjukkan fesyen.

See also
Sofia Sanchez Barrenechea

Park Gyuri, @gyuri_88

Gaya Gyuri adalah simple dan hot. Pilihan pakaiannya menekankan konsep kesederhanaan, keseronokan serta menyajikan fesyen yang paling menarik. Bagaimana Gyuri memadukan gaya streetstyle dengan elemen feminin, menciptakan set pakaian yang memberikan keseimbangan kesempurnaan kepada kedua-duanya. Laman Instagramnya juga sentiasa up-to-date dengan warna aksen yang menonjol, permainan corak, semuanya dalam rona neutral, dan gaya kasual yang pastinya memberi inspirasi kepada pengikutnya.

Chriselle Lim, @chrisellelim

Chriselle Lim bukan sahaja terkenal di Instagram dengan 1.5 juta pengikut, tetapi dia juga seorang YouTuber dan blogger. Inspirasi fesyen profesional Korea untuk wanita yang dikongsinya boleh dikatakan another level. Laman Instagramnya menyajikan pakaian dengan estetika “Old money-rich Korean” dan set pakaian yang membuat anda rasa seperti jutawan. Daripada kot dan blazer hingga gaun dan baju yang lebih feminin, profilnya mampu membuatkan mata yang melihat mengimpikan dunia fesyen.

Park Sora, @sora_pppp

Pempengaruh fesyen Korea ini akhirnya menemui kejayaan dengan gaya dinamiknya selepas mencuba bidang muzik dan lakonan. Selain menjadi penyanyi untuk kumpulan Flying Girls, dia juga telah menjadi model untuk pelbagai jenama seperti STYLENANDA dan 3CE. Profil Sora seperti versi yang lebih sesuai bagi trend Y2K iaitu set pakaian yang mudah diakses namun penuh dengan fesyen Korea yang trendy daripada top yang selesa hingga kepada edginess cargo low-waisted.

See also
Kesenian dan Visi Karl Lagerfeld Menyerlah Dalam Koleksi Adi Busana Chanel

Artikel Berkaitan: Filem Seram Korea Terbaik Dengan Rating Tertinggi Untuk Halloween Ini!