Keindahan Niseko Village Untuk PercutianMusim Sejuk
Niseko Village di Hokkaido, Jepun, terkenal sebagai “Aspen of The East,” berubah menjadi sebuah keajaiban musim sejuk dari Disember hingga Mei.
Salji tahunan ini bakal mengagumkan dengan ketinggian setinggi 18 meter di NIseko Village, Hokaido. Musim “White Season” ini menawarkan pengalaman ski dan luncur salji bertaraf dunia, termasuk kawasan off-piste dan laluan yang diperbaharui untuk semua peringkat. Selain itu, pelbagai aktiviti salji di luar kebiasaan juga ada. Pengunjung boleh menikmati sistem lif yang efisien, sewaan peralatan ski lengkap, dan bimbingan profesional dari Niseko Village Snow School.
Menambah lagi keterujaan, Niseko Village akan menjadi tuan rumah Snow Machine Music Festival dari 11 hingga 14 Mac 2025. Festival ini menggabungkan pengembaraan alpine dengan barisan muzik yang memukau. Mereka bakal menampilkan artis seperti Chase & Status, Hot Chip, dan Melanie C. Peluncur ski dan salji dapat menikmati salji pada siang hari dan muzik yang mendebarkan pada waktu malam, menjadikannya pengalaman “Après Ski Sepanjang Hari” yang unik. Selain ski dan muzik, pengunjung festival dapat bersantai di mata air panas (onsen) terkenal di Niseko dan menikmati hidangan Jepun tempatan.
Niseko-yo, Syurga Pencinta Makanan
Buat pencinta makanan, Niseko-yo menawarkan pelbagai hidangan yang memenuhi citarasa setiap pengunjung. Gogyo, yang diasaskan oleh Ippudo, menyajikan ramen istimewa pada siang hari. Ia akan berubah menjadi izakaya yang meriah pada malam hari dengan hidangan panggang bermusim yang disediakan dengan teliti. Baby Crosta oleh Crosta Pizzeria, yang berada di tangga ke-12 terbaik dunia, memikat dengan pizza buatan tangan yang berkualiti tinggi. Sorotan lain termasuk yakiniku yang lazat di Hokkaien, dim sum halus di Long Tang, dan sushi serta tempura segar di Yang Shu Ten.
Untuk hidangan Itali asli pula, Moka menyajikan masakan dengan sentuhan ketepatan Jepun, manakala Chuan menggoda dengan hotpot Sichuan. Gerai-gerai baru seperti The Rotisserie dan Tori Tori menghidupkan budaya makanan jalanan Jepun dengan ayam rotisserie dan yakitori panggang arang yang lazat. Nani Kore Kani menyajikan makanan laut segar Hokkaido. Untuk hidangan Eropah berinspirasikan citarasa desa, Valhalla menggabungkan pemandangan indah dengan pengalaman makan beramai-ramai. Pencinta kopi juga pasti teruja dengan Omotesando Koffee yang menampilkan gaya minimalis dan kopi artisan.
Mandala Club juga kembali ke Niseko Village untuk musim keduanya. Ia menawarkan pengalaman clubhouse ski-in, ski-out di tengah resort terkenal dunia ini dari 13 Disember 2024 hingga 16 Mac 2025. Dibuka setiap hari dari tengah hari hingga lewat malam, para tetamu dapat menikmati menu istimewa yang disediakan oleh pasukan kulinari Mandala. Bahan-bahan ikonik Hokkaido seperti tiram dan Shirai Black Wagyu juga bakal ditampilkan. Akses ke clubhouse amat mudah melalui Upper Village Gondola, perkhidmatan shuttle percuma, dan kenderaan peribadi Mandala.
Niseko Village Kids Club Buat Kanak-Kanak
Selain dari aktiviti buat orang dewasa, Niseko Village juga mempunyai Niseko Village Kids Club yang menawarkan pengalaman bermakna untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun. Kelab ini fokus pada pembelajaran kendiri, eksplorasi, dan kemahiran hidup penting. Diinspirasikan oleh prinsip Montessori, kurikulumnya merangkumi bengkel kreatif, aktiviti STEM, dan pembelajaran budaya yang memperkenalkan tradisi Jepun dan budaya dunia. Aktiviti luar di salji dan program kesedaran alam sekitar memupuk kerjasama dan tanggungjawab. Manakala maskot Guardians of Mount Yotei mengilhamkan pengembaraan dan hubungan dengan alam.