Himpunan Gaya Selebriti Di LACMA Art+Film Gala 2024 - Glam Malaysia

Himpunan Gaya Selebriti Di LACMA Art+Film Gala 2024

Berlangsungnya majlis gala baru-baru ini dengan kehadiran himpunan selebriti terkemuka seperti Blake Lively, Charlie XCX, Kim Kardashian dan ramai lagi yang tampil menawan di LACMA Art+Film 2024.

Pada Sabtu lalu, pelakon, pemuzik dan pembuat filem berkumpul di acara Gala Seni+Filem LACMA 2024 bagi menghormati artis Simone Leigh dan pengarang Baz Luhrmann. Acara yang ditaja oleh Gucci sebagai penaja utama ini menampilkan Eva Chow, pengerusi bersama LACMA, turut serta pelakon Hollywood popular Leonardo DiCaprio. Majlis gala tahunan ini juga merupakan inisiatif LACMA dalam menjadikan industri perfileman lebih penting kepada pengaturcaraan kuratorial muzium, di samping menyediakan pembiayaan untuk pameran, pemerolehan dan pendidikan. Ia turut memberi sorotan kepada tayangan yang meneroka persimpangan dunia seni dan filem.

Bertempat di Muzium Seni Daerah Los Angeles, Gala Seni+Filem LACMA 2024 ini berlangsung meriah dengan tampilan barisan selebriti A-listed seperti Sofia Richie Grainge bersama pasangan, Blake Lively, Charlie XCX dan Kim Kardashian yang hanya lah sebahagian daripada bintang yang hadir. Tema malam yang penuh glamor itu, kini menjadi bualan hangat terutama di media sosial dengan gaya selebriti yang berbusana cukup mempersonakan!

See also
Inspirasi Kecantikan Selebriti Untuk Tahun 2018

Ini 10 Gaya Selebriti Di Acara LACMA Art+Film Gala 2024

1. Charlie XCX

Charlie XCX tampil menawan di acara LACMA Art+Film Gala 2024 dalam busana Gucci dan dipadukan bersama barang kemas oleh Simon G. Jewelry.

2. Kim Kardashian

Mendapat perhatian ramai apabila Kim Kardashian hadir berbusana Gucci dengan tampilan kalung Garrard yang pernah menjadi milik Puteri Diana.

3. Kaia Gerber

Supermodel Kaia Gerber diperlihatkan memadankan busana dalam rona serba hijau pistachio, dengan perincian yang tampak anggun oleh jenama Gucci.

4. Blake Lively

Blake Lively yang terkenal dengan momen fesyen ikoniknya, turut hadir dan kelihatan anggun dalam busana Tamara Ralph.

5. Sofia Richie Grainge & Elliot Grainge

Sofia Richie Grainge dan pasangannya, Elliot Grainge hadir dalam busana Saint Lauren yang ringkas. Ia nyata menyerlahkan keterampilan identiti mereka yang cukup terkenal dengan elemen fesyen “old money” mereka.

6. Cara Delevingne

Anggun, sofistikated dan mempersonakan, Cara Delevingne diperlihatkan tampil dalam busana Gucci.

7. Andrew Garfield

Pemilihan sut klasik dalam rona trend terkini iaitu coklat gelap, nyata menyerlahkan rupa paras Andrew Garfield ketika di LACMA Art+Film Gala 2024.

See also
Musim Sejuk Berlayar Dengan Tema Nautika

8. Greta Lee

Pelakon popular Greta Lee sentiasa membawakan gaya fesyen yang cukup memukau. Kali ini, dia memadankan busana serba hitam dari The Row yang kelihatan effortlessly beautiful!

9. Emily Ratajkowski

Memadankan busana daripada Donna Karan New York, Emily Ratajkowski tampil elegan dengan gaun bersiluet lurus dalam rona coklat.

10. Lee Jung Jae

Pelakon terkenal drama bersiri Squid Game, Lee Jung Jae tampil bergaya dalam sut klasik bersempena di majlis LACMA Art+Film 2024.

Artikel Berkaitan: 15 Fesyen Terbaik Selebriti Di LACMA Art + Film Gala 2023