Bernadya Akur Hidup Tanpa Privasi – Ini Cara Dia Mengatasinya! - Glam Malaysia
Bernadya

Bernadya Akur Hidup Tanpa Privasi – Ini Cara Dia Mengatasinya!

Bernadya ialah seorang penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia yang mula mencuri perhatian ramai dengan suaranya yang unik dan gaya muziknya yang segar.

Dikenali dengan lagu-lagu berunsurkan pop dan balada, Bernadya telah memikat hati peminat dengan lirik yang mendalam dan melodi yang menyentuh emosi. Seiring dengan peningkatan popularitinya, Bernadya terus berkongsi kisah hidupnya melalui muzik, menjadikan setiap lagu sebagai cerminan peribadi perjalanan hidupnya. Selain bakat muzik, Bernadya juga aktif di media sosial, di mana dia berinteraksi dengan peminat dan berkongsi tentang kehidupan peribadinya, menjadikannya semakin dekat di hati ramai orang.

GLAM: Apakah menu makanan Malaysia pilihan Bernadya?

Bernadya: Saya teruja untuk mencuba pelbagai hidangan tradisional tempatan. Walaupun peluangnya untuk mencuba banyak menu agak terhad, beberapa hidangan yang sempat dinikmatinya ternyata meninggalkan kesan yang mendalam. Salah satu hidangan yang paling disukainya ialah nasi lemak, makanan kebangsaan Malaysia. Nasi lemak terkenal dengan rasanya yang kaya dan seimbang—nasi yang dimasak dengan santan, disertai sambal pedas, ikan bilis, telur rebus, kacang tanah, dan timun. Bagi saya, kombinasi rasa pedas, manis, dan lemak ini benar-benar unik dan membangkitkan selera. Ia adalah salah satu pengalaman kulinari pertamanya di Malaysia, dan serta-merta menjadikannya pilihan kegemaran.

Selain itu, Bernadya juga menyebutkan roti canai pisang sebagai salah satu hidangan yang menarik perhatiannya. Roti canai, sejenis roti leper yang digoreng sehingga garing, lazimnya dinikmati dengan kuah dal atau kari. Namun, variasi dengan pisang memberikan rasa manis yang berbeza dan sangat memikat. Bernadya kagum dengan kreativiti masakan Malaysia yang mampu menggabungkan bahan-bahan tempatan dengan cara yang mudah tetapi lazat. Roti canai pisang ini menjadi kegemarannya kerana tekstur rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah dengan rasa manis semulajadi pisang yang tidak terlalu berat

See also
Selena Gomez Akhirnya Temui Cinta Sejati

GLAM: Bagaimana Bernadya membuat pemilihan lagu untuk Konsert Tur Berjalan? 
Bernadya: Jakarta, Jogja, Surabaya semuanya dengan set lagu yang sama. Kuala Lumpur juga sebahagian daripada Tur Berjalan. Saya akan menyanyikan semua lagu dalam album saya, iaitu 8 trek, serta 3 lagu daripada album sebelumnya. Selain itu, ada satu lagu berdasarkan permintaan peminat. Ramai peminat yang menghantar DM meminta saya menyanyikan lagu kegemaran mereka, dan besar kemungkinan saya akan memilih salah satu lagu tersebut untuk konsert.

GLAM: Bagaimana Bernadya mendapat inspirasi untuk menulis dan mengubah lagu?
Bernadya: Inspirasi boleh datang dari pelbagai sumber, dan kadang-kadang dalam situasi yang paling tidak disangka, seperti ketika saya berada di tandas! Ada kalanya, saya tidak membawa telefon pintar kerana sedang dicaj, dan tiba-tiba idea melodi atau lirik muncul. Selain itu, banyak juga inspirasi yang datang ketika saya berbual dengan teman-teman, berkongsi perasaan dan pengalaman hidup. Setiap orang melalui proses kreativiti yang berbeza, namun bagi saya, tandas sering kali menjadi tempat di mana inspirasi itu hadir. Bila saya dapat idea, seperti melodi atau irama, saya cepat-cepat keluar untuk mencatat atau merakamnya. Momen-momen tak dijangka ini sering menjadi titik permulaan bagi karya muzik saya. Bagi saya, inspirasi boleh datang pada bila-bila masa, jadi saya cuba bersedia untuk menangkapnya setiap kali ia muncul.

See also
Perkahwinan Diraja YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Bakal Berlangsung

GLAM: Adakah Bernadya pernah terlintas menjadi seorang penyanyi?
Bernadya: Sejujurnya, saya suka berangan-angan. Tidak pernah terlintas karya-karya yang saya hasilkan akan disukai ramai pendengar. Bagi sesetengah orang, perjalanan saya mungkin nampak terlalu cepat, tetapi sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang proses ini. Sejak kecil, saya sudah mula merealisasikan impian-impian yang saya simpan lama. Dulu, saya suka letakkan gambar penyanyi di kelas dan suka memanifestasikan impian saya. Ketika guru sedang mengajar, saya sering berkhayal, membayangkan diri saya berada di atas pentas, menjadi penyanyi popular. Saya angankan satu hari nanti, akan ada konsert dengan 200 orang penonton hadir menyokong saya. Semua ini saya bayangkan sejak kecil, dan kini, ia menjadi kenyataan sedikit demi sedikit.

 

GLAM: Cabaran terbesar menjadi anak seni?
Bernadya: Pada pendapat saya, cabaran terbesar menjadi anak seni ialah menangani risiko kehilangan privasi yang datang bersama populariti. Walaupun peminat di Indonesia tidak seagresif paparazzi di luar negara, mereka biasanya lebih santai dan tidak terlalu mengganggu. Namun begitu, aspek lain seperti keluarga dan kehidupan peribadi tetap terjejas. Kehidupan saya, yang dahulu lebih peribadi, kini sudah tidak lagi mempunyai ruang privasi sepenuhnya. Populariti ini membawa tanggungjawab yang besar, dan kadangkala sukar untuk mencari keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi.

See also
Raja K-Pop, G-Dragon Bakal Kembali Dalam Dunia Muzik

GLAM: Bagaimana Bernadya mengatasinya?
Bernadya: Salah satu cabaran utama ialah kehilangan privasi. Saya cuba untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi saya, tetapi ironinya, semakin saya menyimpan privasi, semakin ramai peminat yang ingin tahu lebih lanjut. Mereka sering tertarik untuk mengetahui segala-galanya tentang saya. Oleh itu, saya menjadi lebih berhati-hati dalam setiap aspek kehidupan. Ketika keluar di khalayak ramai, saya memastikan pakaian dan penampilan saya kemas, dan menjaga tutur kata serta sikap. Segala-galanya perlu dipelihara dengan baik kerana sebagai figura umum, saya sedar semua tindakan saya diperhatikan. Tentang komen negatif, jika kritikan itu keterlaluan atau tidak berasas, barulah saya bersuara. Tetapi seboleh mungkin, saya cuba untuk tidak terlalu terkesan dengan perkara negatif dan memberi tumpuan kepada yang positif. Ini cara saya untuk terus mengekalkan keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.

 

 

 

Artikel Berkaitan: GBC Eksklusif: Di Sebalik Tabir Solekan Bernadya Untuk Konsert Tur Berjalan