Siri Baharu Buat Koleksi Barang Kemas Halus Giorgio Armani - Glam Malaysia

Siri Baharu Buat Koleksi Barang Kemas Halus Giorgio Armani

Giorgio Armani terus mengembangkan lagi sayapnya dalam koleksi barang kemas yang halus dan indah, mempersembahkan siri terbaru ‘Blanche’ dengan ketukangan emas pakar.

Label mewah Giorgio Armani telah mencipta gaya dengan konsistensi yang luar biasa, meneroka pelbagai variasi dalam mereka cipta. Begitu juga dengan seleksi barang kemasnya. Koleksi barang kemas baharu Giorgio Armani membawakan siri terkini buat keluarga ‘Blanche’, menampilkan himpunan barang kemas nan halus, menyuntik aspek gaya tulen diinspirasi daripada bunga melati Sambac yang jarang ditemui.

Semuanya Tentang Siri Terkini Barang Kemas Halus Giorgio Armani

Koleksi baharu ‘Blanche’ ini menandakan tafsiran berbeza bagi penata gaya wanita yang abadi dan elegan. Reka bentuknya diperkuatkan melalui ketukangan emas yang pakar dan canggih. Ia diilhamkan oleh melati Sambac yang jarang dijumpai kerana bunga ini merupakan bunga yang tumbuh perlahan dari Asia dan pertama kali ditanam di Itali pada abad ke-15. 

Rangkaian barang kemas ini terdiri daripada himpunan cincin, anting-anting, penutup telinga serta rantai. Reka bentuk bunga melati direplikasi dalam cincin padan dengan perincian daun. Manakala, anting-anting mengangguk pada reka bentuk kelengkungan batang bunga dan daunnya yang direka untuk jatuh di sekitar telinga. Lantas, ia menawarkan keterserlahan esen anggun buat si penggemar barang kemas.

See also
The Exceptional Lady

Koleksi ini membawa elemen artistik, kemewahan halus buatan tangan dengan setiap bahagian mencerminkan kepada bentuk organik. Sorotan utama dalam koleksi adalah rantai mewah halus Giorgio Armani. Butiran sekuntum bunga kecil yang diukir daripada batu akik susu dengan ciri pavé tengah, menghiasi separa tegar kalung buat koleksi barang kemas Armani. Ditatahkan dengan 76 berlian potongan cemerlang dan perincian peridot berbentuk titisan yang membentuk daun kecil, ia nyata memancarkan sinar elegan buat item fesyen mewah musim kini.

Dihasilkan dengan mahir oleh tukang emas, koleksi baharu ini melengkapkan keluarga barang kemas yang telah sedia ada buat rumah fesyen ini. Tampilan seleksi barang kemas halus ini sememangnya tidak dapat dinafikan akan kecantikannya. Koleksi barang kemas halus Giorgio Armani boleh didapati daripada butik Giorgio Armani di bandar utama di seluruh dunia mulai Oktober 2024.

Artikel Berkaitan: Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024