5 Trend Beg ‘It’ ke Pejabat Yang Wajib Dijadikan Pelaburan - Glam Malaysia

5 Trend Beg ‘It’ ke Pejabat Yang Wajib Dijadikan Pelaburan

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Melangkah bergaya ke pejabat hingga makan tengahari santai dengan koleksi beg ‘It’ wajib ada untuk melengkapkan wardrobe dan nafas baru gaya anda.  

Pelengkap gaya yang bukan sahaja cantik, tapi penuh fungsi. Pilihan ideal untuk wanita yang sentiasa on-the-go! Dari mesyuarat ke dinner? Pasti boleh. Melabur dalam beg yang berkualiti dan penuh fungsi adalah langkah bijak untuk menaik taraf penampilan profesional. Bukan sahaja bergaya tetapi kegunaan yang kekal lama. Manakala, material yang tahan lama dan rekaan yang versatile seperti kulit, serta saiz sesuai dengan keperluan pejabat anda. Beg juga adalah essential utama dalam almari pakaian setiap wanita dan buat keperluan seharian, ia juga booster kepada keyakinan dalam persekitaran kerja. Obvsiously we want to look chic and cool at work, baru lah slay! Ini adalah top 5 trend beg ‘it’ yang akan meriasi penampilan wanita pilihan GLAM.

Miu Miu Beau Leather Bag

Mahukan look lebih classy? Miu Miu Leather Beau Bag adalah jawapannya. Desain yang cukup sesuai buat gaya harian yang lebih sofistikated. Bersiluet vintaj dalam pilihan warna coklat unta dan juga hitam. Dilengkapi bersama kombinasi material kapas dan kulit yang menampilkan tekstur butiran halus memberikan sentuhan elegan, sementara ruang dalaman yang luas menjadikan beg ini lebih praktikaliti dan mewah.

See also
Kontroversi Pemilihan Model Balenciaga Untuk Minggu Fesyen Paris