Emporium Haruman TROVE Menghimpunkan Koleksi Mewah & Eksklusif
TROVE

Emporium Haruman TROVE Menghimpunkan Koleksi Mewah & Eksklusif

Dalam rangkaian mewah TROVE di The Exchange TRX, haruman avant-garde nyata diangkat sebagai salah satu bentuk seni, yang kemudiannya berubah menjadi satu penghormatan puitis kepada intipati individualiti. Semangat yang seakan sama seperti tarikan bauan kali pertama yang mengasyikkan, EMPORIUM HARUMAN TROVE membangkitkan euforia dengan pilihan haruman khusus yang serba mewah.

Lebih daripada sekadar destinasi, TROVE adalah simbol kemegahan pengembaraan deria di mana setiap kunjungan menjanjikan penemuan kepada sesuatu yang unik dan indah, menerusi himpunan mewah wangian paling avant-garde di dunia. TROVE FRAGRANCE EMPORIUM diimaginasikan semula dengan kemegahan yang mengagumkan serta mempersembahkan eksklusiviti pada minyak wangi istimewa. Dengan koleksi aroma yang memukau, TROVE menjadi ruang perlindungan di mana minyak wangi yang berbeza wujud secara harmoni, sekali gus mencetuskan inspirasi dan kreativiti bersama.

Satu Lokasi, Pelbagai Debut Eksklusif & Paparan Wangian Baharu Yang Eklektik, Tersendiri

Tampil pertama kali secara eksklusif di Malaysia menerusi TROVE, khazanah haruman ini menampilkan identiti unik, menyerlahkan intipati serta kemeriahan bandar yang mereka wakili.

See also
Colgate Perkenal Ubat Gigi Ungu Untuk Hasil Putih Berseri!

OMANLUXURY | OMAN

TROVE

Dicipta hasil kerjasama dengan pakar elit dalam industri haruman, ternyata setiap semburan koleksi ini adalah karya seni yang merangkumi keajaiban Oman. OMANLUXURY ialah sebuah pusat minyak wangi bebas yang diasaskan pada 2012 selepas berlangsungnya pertemuan di antara Muatasim, Muadh dan Ahmed. Mereka bersama-sama memulakan usaha untuk mencipta ekspresi bauan sebenar Oman, menggunakan bahan-bahan terbaik bagi menyerlahkan setiap aspek budaya serta warisan Oman dengan cara artistik menggabungkan aspek keaslian dan kemodenan, lalu memberikan pelbagai rangkaian haruman indah dan Istimewa.

ESSENTIAL PARFUMS | PARIS

TROVE

Dengan pengalaman kepakaran lebih 25 tahun dalam industri wangian, Essential Parfums diasaskan berdasarkan semangat memberontak dan misi untuk memulihkan semula intipati keanggunan minyak wangi. Jenama ini bekerjasama dengan pakar minyak wangi serta ahli minyak wangi berpengalaman yang terbaik di dunia, berusaha sebaik mungkin mendapatkan bahan-bahan mampan terbaik untuk diubah menjadi satu karya haruman agung. Hasilnya ialah tempat untuk membeli bauan unik yang mewah pada harga yang berpatutan – semuanya dibalut dengan pembungkusan mesra alam. Misi Essential Parfums adalah untuk meraikan artis sebenar di sebalik setiap ciptaan wangian; mereka adalah Bintang. Justeru setiap wangian mempunyai nama penciptanya yang disertakan pada botol sebagai tanda penghormatan kepada semangat, bakat dan kreativiti mereka.

See also
#ApaSiapaDiMana: PP Krit, Scha Alyahya & Ramai Lagi Di Butik Balenciaga, TRX

HUNQ | AMSTERDAM

TROVE

Jika anda ada mempelajari sesuatu dalam kelas kimia ketika di bangku sekolah, pasti tahu bahawa gabungan antara dua bahan kimia boleh menghasilkan tindak balas. Tindak balas yang dicetuskan oleh bau boleh membangkitkan keinginan, keseronokan dan juga membawa kembali ke memori lampau seperti yang kita ketahui. Pengasas dan pencipta HUNQ, Hyun Yeu, giat memburu wangian terbaik lelaki dan ingin terus membotolkannya. Pencarian Hyun untuk bau lelaki ‘Archetype’ didorong dan dicetuskan oleh ingatannya sendiri mengenai bauan manusia, objek, janji temu pertama dan pelbagai ramuan minyak wangi yang tidak pernah terjangkau pengakhirannya. Ia sama sekali bukan gabungan ramuan tradisional, tetapi memberikan hasil yang mengagumkan. Satu proses yang setakat ini telah mencipta 5 bauan yang mempesonakan. Ia juga kajian yang tidak berkesudahan, dan pastinya lebih banyak lagi untuk masa hadapan. Dan bukan hanya untuk lelaki, malah wanita juga.

 

Dapatkan 3 jenama ini yang boleh didapati secara eksklusif di Butik Perdana TROVE di The Exchange TRX.

See also
Pembukaan Butik Saint Laurent di TRX Berlangsung Meriah

 

Artikel berkaitan: Dior Backstage Holiday Collection 2024 Diinspirasikan Oleh Malam Musim Sejuk Yang Penuh Bintang